Utusan Borneo (Sarawak)

SSC akan pastikan SukSar berlangsun­g dengan lancar

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) mengadakan mesyuarat teknikal Sukan Sarawak (SukSar) 2017 bersama 17 pegawai sukan yang terlibat bagi memastikan penganjura­n sukan yang dijadualka­n pada 14 hingga 17 Disember ini berlangsun­g dengan lancar.

M e s y u a r a t i t u dipengerus­ikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSC merangkap Ketua Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Dr Ong Kong Swee pada Khamis lalu.

Menurut Ong, mesyuarat itu bertujuan memberi taklimat kepada 14 pegawai sukan termasuk tiga bagi sukan para selain memastikan sebarang masalah teknikal yang timbul dapat diselesaik­an dengan segera.

“Kita bersedia sepenuhnya untuk menganjurk­an SukSar 2017 dengan pegawai-pegawai terlibat berikrar memastikan penganjura­n berjalan lancar dan berjaya,” katanya di sini semalam.

SukSar 2017 bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu selain sebagai persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA 2018) di Perak.

Kejohanan itu melibatkan penyertaan atlet dari empat kontinjen iaitu Zon Selatan (Kuching, Samarahan, Serian), Zon Tengah (Sibu, Kapit, Mu- kah), Zon Utara (Miri, Bintulu, Limbang) dan Zon Barat (Sarikei, Betong, Sri Aman).

Sebanyak 14 acara sukan dipertandi­ngkan pada SukSar 2017 iaitu angkat berat, badminton, berbasikal, bola baling, boling padang, judo, karate, memanah, muaythai, olahraga, ragbi, renang dan sepak takraw wanita.

Ia termasuk empat acara sukan untuk atlet para iaitu renang, olahraga, angkat berat dan memanah.

Majlis perasmian akan diadakan pada 14 Disember di Stadium Perpaduan, Petra Jaya manakala penutupan dijadualka­n berlangsun­g pada 17 Disember ini di venue sama.

 ??  ?? PENERANGAN: Ong (dua kiri) memberi penerangan pada mesyuarat teknikal SukSar 2017 di Kuching, Khamis lalu.
PENERANGAN: Ong (dua kiri) memberi penerangan pada mesyuarat teknikal SukSar 2017 di Kuching, Khamis lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia