Utusan Borneo (Sarawak)

7 petinju Pusat Cemerlang 1 Div hampir pasti duduki podium

-

KUCHING: Seramai tujuh petinju Pusat Cemerlang Tinju (PCT) 1 Divisyen hampir pasti menduduki podium selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejohanan Tinju Golden Gloves Kebangsaan Edisi Ke-3 yang melabuhkan tirai hari ini di Stadium Tertutup, Sibu.

Seorang petinju PCT 1 Divisyen kini mewakili pasukan pelapis Malaysia akan bertemu petinju Sarawak dalam kategori bantam (56kg).

Seramai tiga petinju kelahiran PCT 1 Divisyen kini mewakili pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) turut menempatka­n seorang petinju yang akan beraksi di peringkat akhir dan dijadualka­n bertemu petinju dari PCT1 Divisyen.

Menurut Panglima 1 Divisyen dan Penaung PCT 1 Div, Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw walaupun usia PCT 1 Div baharu melangkau tahun ketiga namun pencapaian ditunjukka­n setakat ini dengan tujuh petinju layak beraksi dalam enam kategori adalah sesuatu memberangs­angkan.

Katanya, di bawah tunjuk ajar ikon tinju negara, Mejar Sapok Biki terdapat banyak peningkata­n prestasi kalangan petinju dan diharapkan PCT 1 Divisyen dapat menjadi ‘boxers pool’ bukan sahaja bagi 1 Div, malah bagi TDM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mungkin bagi Sarawak serta negara.

Sementara itu, Panglima 31 Briged Infantri Malaysia yang juga Pengerusi Penganjur, Brigadier Jeneral Datuk Fadzil Tajudin dan Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak ( SABA), Datuk Rahman Lariwoo berharap pertanding­an akhir dan acara penutup berjalan dengan jayanya.

Rahman turut menyeru agar peminat-peminat sukan tinju di Sibu datang beramai-ramai memberi sokongan kepada petinju-petinju Sarawak.

Lain-lain petinju yang akan beraksi di peringkat akhir hari ini ialah petinju dari Sarawak seramai dua orang, pelapis Malaysia (tiga orang), ATM (empat orang) serta seorang petinju dari setiap pasukan ‘Borneo Top Team Sibu’ dan ‘Team Tarabaw’.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan e-Dagang merangkap Menteri Kewangan Kedua yang juga Penaung Kejohanan, Dato Sri Wong Soon Koh dijadualka­n merasmikan penutupan kejohanan hari ini.

Edisi terakhir itu menyaksika­n seramai 48 petinju mewakili sembilan pasukan mengambil bahagian.

 ??  ?? KE FINAL: Barisan petinju PCT 1 Divisyen yang berjaya mara ke final kejohanan tinju di Sibu.
KE FINAL: Barisan petinju PCT 1 Divisyen yang berjaya mara ke final kejohanan tinju di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia