Utusan Borneo (Sarawak)

FAM: Pahang sah tidak akan menyertai Piala AFC 2018

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengesahka­n naib juara Liga Super 2017, Pahang secara rasmi tidak akan mewakili Malaysia pada saingan Piala AFC 2018.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata ini kerana badan induk bola sepak negara itu, tidak menerima surat balasan atau sebarang maklum balas daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) untuk menyertai kejohanan berkenaan, sehingga tarikh yang ditetapkan, Khamis lepas.

Beliau berkata mengikut peraturan Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC), kekosongan slot ditinggalk­an Pahang itu tidak boleh diisi oleh mana- mana pasukan lain.

“Oleh itu, juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menjadi wakil tunggal Malaysia beraksi dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2018.” katanya, semalam. — Bernama

 ??  ?? LARIAN KRISMAS: Peserta Larian Krismas berkumpul di Dataran Bandar Sibu sebelum memulakan larian semalam.
LARIAN KRISMAS: Peserta Larian Krismas berkumpul di Dataran Bandar Sibu sebelum memulakan larian semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia