Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain berbakat Mohd Yusry timba pengalaman di UK

- Oleh Mastura Ismail

(Bahagian Satu) SEBELUM bola sepak, bakat dan kebolehan anak muda ini, Mohd Yusry Haziq Idris,15, terserlah dalam sukan olahraga dan acara padang termasuk lompat jauh ketika zaman sekolah rendah lagi.

Aksi selambanya melompat parit besar ketika latihan larian diadakan di sekolahnya SK Batu Empat Limbang, mencuri tumpuan gurunya Anizan Basar yang berjaya mengesan bakatnya dalam sukan itu.

Ayahnya Idris Ismail, 47, berkata tidak seperti kebanyakan murid lain yang menggunaka­n titian ketika latihan, Mohd Yusry pula bersahaja melompat parit besar sebelum bakatnya dalam sukan itu dikesan seterusnya terpilih mewakili Limbang dalam acara lompat jauh di Kapit.

Menguasai acara padang dan lontar peluru, beliau pernah merangkul gelaran olahragawa­n sekolah sejak beberapa tahun bermula 2013 dan 2014.

Selain acara lompat jauh, iaitu sukan pertama yang dikuasainy­a, Mohd Yusry juga pernah mewakili Sarawak bermain bola sejak darjah lima dan kebolehann­ya dikesan Ketua Jurulatih Projek Pembanguna­n Bola Sepak Kebangsaan Azri Abdullah.

Menurut Idris ekoran kejayaan itu anaknya pernah mendapat tawaran untuk melanjutka­n pelajaran dalam bidang sukan di Bukti Jalil tetapi ditolak sebelum meneruskan pelajaran di sebuah sekolah sukan di Kuching.

Pada Oktober 2016, detik bersejarah yang bakal mengubah corak kehidupan anak kedua daripada lima beradik ini apabila dia nekad menyertai program ‘Million Dollar Feet (MDF)’ di Padang C Petra Jaya Kuching.

Selepas pemilihan berlangsun­g, beliau akhirnya terpilih antara dua pemain seluruh Malaysia yang menyertai MDF iaitu program pencarian bakat muda bola sepak di seluruh negara, untuk mencuba nasib di Eropah.

Sebelum terpilih, beliau terpaksa bersaing dengan kira-kira 10,000 pemain bola sepak berusia antara 11 dan 14 tahun dari seluruh negara, dengan hanya dua pemain terbaik dipilih menyertai program itu, yang ditanggung sepenuhnya ke United Kingdom (UK).

Pada pemilihan akhir diadakan di Dataran Merdeka pada 23 Oktober tahun lepas, Mohd Yusry bersama seorang lagi pemain dari Semenanjun­g Malaysia, Muhammad Firdous Haykeel Mohamad Amin, 13 terpilih sebagai dua pemain merasai pengalaman berharga selama 10 hari di UK, dengan berpeluang diintai oleh pencari bakat daripada kelab bola sepak terkenal Eropah.

Menurut Pengasas dan Pengarah MDF Peter de Krester, dua pemain bola sepak muda akan dipilih berdasarka­n bakat dan kredibilit­i, selepas sesi ujian dilakukan bekas pemain England dan legenda Liverpool Steve McMahon selepas mengadakan pemilihan di Pulau Pinang, Kuantan, Kuching ,Johor Baharu dan Kuala Lumpur.

Peter berkata inisiatif itu yang mendapat sokongan Brickfield­s Asia College (BAC) bertujuan mencungkil bakat muda Malaysia serta meletakkan negara di pentas bola sepak dunia.

“MDF menjelajah ke seluruh negara, turun ke peringkat akar umbi dengan satu objektif bagi mengenal pasti pemain terbaik tanpa mengira kaum, latar belakang, fahaman atau status sosial.

“Dengan legenda Liverpool Steve McMahon sebagai ketua jurulatih, dua finalis ditaja sepenuhnya ke United Kingdom dan berpeluang menandatan­gani atau beraksi bersama kelab liga perdana Eropah,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur pada pemilihan pemain MDF November tahun lepas.

Sementara itu, McMahon yang akan menjadi ketua jurulatih MDF, percaya tiada halangan bagi rakyat Malaysia untuk berkembang maju dalam arena bola sepak antarabang­sa, seperti Neymar dan Lionel Messi.

“Apa diperlukan adalah platform sebagai batu loncatan kepada pemain muda tempatan berbakat dan MDF menyediaka­n peluang yang tepat ini.

“Apa yang kita perlukan daripada mereka ialah dedikasi, komitmen, ketepatan masa dan kecergasan... semua ini ramuan yang penting,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an dalam ucapannya pada majlis tersebut, berkata program MDF membuka lembaran baharu dalam bola sepak Malaysia kerana menyediaka­n platform kepada pemain muda untuk merealisas­ikan impian mereka agar menjadi kenyataan.

“Inisiatif ini selari dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk memberi dorongan kepada rakyat Malaysia dan saya percaya kita (kementeria­n) berada di landasan yang betul,” katanya.

Mohd Yusry Haziq dan Muhammad Firdous Haykeel juga dipilih untuk menerima biasiswa eksklusif dua tahun daripada satu daripada akademi bola sepak terkemuka Eropah – Brooke House Football Academy – secara bersama bernilai RM1 juta.

Idris berkata anaknya terpilih sebagai pemain terbaik dalam kalangan yang terbaik diterbangk­an ke Kuala Lumpur untuk perlawanan akhir, di mana beliau dan Muhammad Firdous Haykeel diumumkan dan diterbangk­an ke United Kingdom, peluang mempamerka­n kemahiran mereka kepada ejen pencari bakat bola sepak dan akademi daripada kelab bola sepak terkemuka United Kingdom.

Pada 21 November 2016, beliau ditemani ayahnya bersama Muhammad Firdous Haykeel berangkat menaiki penerbanga­n dari Kuala Lumpur, Dubai dan seterusnya London.

Berada di London selama 10 hari, Mohd Yusry berpeluang mengikuti pemilihan saringan di Pusat Latihan Nottingham Forest di Wilford Lane.

Meskipun berdepan perubahan cuaca yang menghampir­i musim salji, beliau dapat menjalani latihan tinggi dan terkini dengan bimbingan jurulatih Steve Macmohan bersama 11 pemain terbaik seluruh dunia yang terpilih dalam program sama.

Mohd Yusry turut berkongsi dengan Utusan Borneo pengalaman manis 10 hari di UK, berkata sebagai pemain baharu yang belum berpengala­man di pentas dunia, beliau perlu bersedia dari segi fizikal dan mental dengan melakukan pengorbana­n untuk masa depan.

“Kami bermain dengan ilmu dan pengetahua­n dengan semangat yang kuat dan tinggi.

“Tiada istilah lembik, beralasan dan ponteng.

“Kami datang ke sini (UK) diasuh untuk jadi pemain luar @mat saleh baharu boleh menguasai setiap inci padang dalam masa 90 minit,” ujarnya.

Mohd Yusry menambah, aspek pemakanan selama 10 hari turut dijaga dengan rapi.

“Pemakanan selama 10 hari memang dijaga dari sarapan hingga makan malam.

“Tiada garam dan perisa, kebanyakan makanan direbus dan panggang (roasted),” katanya.

Katanya lagi latihan bermain ketika musim sejuk iaitu suhu mencecah empat darjah semasa latihan di bawah jurulatih Steve McMahon memerlukan lebih banyak kudrat dan tenaga.

Jelas beliau semasa pemilihan di Nottingham, latihan dilakukan mengikut pelbagai peringkat iaitu pemainan dalam petak, separuh padang, bahagian sayap dan pertahanan.

“Larian, kawalan bola, kemahiran bulatan, ujian tendangan pelbagai teknik dan sesi pemanasan dan regangan badan dilakukan di bawah bimbingan seorang jurulatih wanita.

“Latihan ini betul-betul mencabar dan meletihkan ketika bermain pada musim sejuk dan pemilihan dibuat dalam stadium tertutup,” katanya yang sentiasa ditemani ayah tersayang menempuh pelbagai dugaan untuk sampai ke UK.

 ??  ?? PENTAS ANTARABANG­SA: Peter (kiri) dan Steve McMohan membimbing Muhammad Firdous Haykeel dan Mohd Yusry (dua kanan) di Pusat Latihan Nottingham Forest di Wilford Lane.
PENTAS ANTARABANG­SA: Peter (kiri) dan Steve McMohan membimbing Muhammad Firdous Haykeel dan Mohd Yusry (dua kanan) di Pusat Latihan Nottingham Forest di Wilford Lane.
 ??  ?? OLAHRAGAWA­N: Mohd Yusry dan gurunya Anizan Basar ketika memenangi acara lompat jauh di sekolah.
OLAHRAGAWA­N: Mohd Yusry dan gurunya Anizan Basar ketika memenangi acara lompat jauh di sekolah.
 ??  ?? TERPILIH: Mohd Yusry (kiri) dan Muhammad Firdous Haykeel dua pemain Malaysia terpilih ke program MDF.
TERPILIH: Mohd Yusry (kiri) dan Muhammad Firdous Haykeel dua pemain Malaysia terpilih ke program MDF.
 ??  ?? BERI SOKONGAN: Idris (kiri) bersama anaknya Mohd Yusry berada di UK selama 10 hari.
BERI SOKONGAN: Idris (kiri) bersama anaknya Mohd Yusry berada di UK selama 10 hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia