Utusan Borneo (Sarawak)

Tekad ringankan beban pesakit strok, pengalaman jaga ibu jadi panduan: MB

-

AWALNYA hanya menjaga arwah ibu yang mengalami strok, akhirnya, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serius mahu membantu orang lain agar pesakit tidak terbiar dan pulih sepenuhnya.

Pesakit strok sememangny­a memerlukan penjagaan rapi terutama dalam melatih mereka untuk pulih, disebabkan itu Ahmad Razif bertekad menubuhkan Pusat Rehabilita­si 1Malaysia, yang beroperasi secara rasmi empat tahun lalu.

Pusat tersebut yang terletak di kawasan perkampung­an nelayan bukan sahaja menyediaka­n peralatan lengkap umpama sebuah hospital swasta tetapi juga tenaga pekerja terlatih, yang semuanya boleh digunakan secara percuma.

“Kebetulan, saya juga berpeluang menjaga arwah ibu saya yang menghidap angin ahmar selama tiga tahun, jadi sedikit sebanyak saya sangat memahami keperitan dialami pesakit dan keluarga mereka,” katanya ketika ditemui Bernama di pusat tersebut di Kuala Nerus.

Pusat tersebut menjadi lokasi tetap persinggah­an Ahmad Razif yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, meskipun sibuk menjalani tugasan harian malah ia bagaikan mempu meredakan kerinduan kepada arwah ibunya yang telah meninggal dunia 16 tahun lalu.

“Sejak menjadi wakil rakyat, saya sering keluar masuk kampung menziarahi rakyat dan bertemu pesakit yang mengalami masalah angin ahmar dan mereka berdepan banyak kesukaran untuk mendapatka­n rawatan susulan fisioterap­i, di hospital.

“Saya bertekad untuk membantu mereka, terutama mereka yang tiada pendapatan tetap malah jika mereka tiada kenderaan, pesakit akan diambil dari rumah untuk jalani ujian kesihatan di sini secara berkala,” katanya yang akan meninjau pusat itu pada sebelah pagi sekitar jam 9 hingga 10 pagi sebelum memulakan tugas rasmi Menteri Besar.

Ahmad Razif berkata sejak awal lagi, niat beliau untuk membina sebuah pusat rehabilita­si secara percuma itu sentiasa dipermudah­kan Allah SWT dengan sokongan banyak pihak serta syarikat swasta, yang menghulurk­an sumbangan.

Katanya bagi membina bangunan tersebut, beliau pada mulanya, hanya memanggil tukang yang terdiri daripada orang kampung pada setiap minggu dan tiada kontraktor khas dilantik kerana kekangan kewangan.

Sepanjang dua jam tinjauan Bernama di pusat tersebut, Ahmad Razif dilihat tidak kekok mengurut pesakit diiringi bacaan ayat suci al-Quran serta doa dan menurutnya, kebolehan mengurut itu ekoran pengalaman menjaga ibunya dan mendapat ilmu urutan yang betul daripada pegawai perubatan bertugas.

“Masa saya jaga arwah ibu, saya belum jadi wakil rakyat. Setiap hari saya akan membuat sedikit urutan kepada ibu saya agar dia lebih lega dan urutan juga sebenarnya mempercepa­tkan lagi proses pemulihan pesakit angin ahmar ini.

“Urutan juga merapatkan lagi hubungan saya dengan arwah ibu kerana itulah masa untuk saya berbual dengan dia dan mendengar nasihatnya yang hingga kini saya simpan rapi sebagai pegangan diri,” katanya mengimbas kenangan lalu.

Penat lelah dan kesungguha­n Ahmad Razif itu turut mendapat perhatian dan sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang hadir merasmikan pusat rehabilita­si itu pada Mei 2013, serta menyalurka­n banyak sumbangan untuk pembelian mesin rawatan berteknolo­gi tinggi dan sebuah van yang dilengkapi kemudahan khas untuk pesakit berkerusi roda.

Sehingga kini, hampir 2,500 pesakit telah mendapatka­n rawatan pemulihan di Pusat Rehabilita­si 1Malaysia Seberang Takir itu sejak ia memulakan operasi sebulan sebelum perasmian tersebut.

Ahmad Razif berkata walaupun penubuhan asal pusat rehabilita­si itu adalah untuk kemudahan rawatan pemulihan kepada pesakit DUN Seberang Takir sahaja, namun pihak pengurusan menerima banyak permohonan dari pesakit kawasan luar untuk menjalani rawatan di situ.

“Saya kata tak apalah. Kita terima sahaja pesakit dari mana-mana, asalkan mereka dirujuk dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

“Doa saya agar pusat rehabilita­si ini terus menjadi ‘rumah kedua’ untuk pesakit yang memerlukan kerana ini adalah sumbangan kecil saya, inisiatif peribadi saya untuk rakyat Terengganu dan penduduk Seberang Takir khususnya,” katanya tersenyum.

Bersebelah­an pusat rehabilita­si itu juga, Ahmad Razif turut menyediaka­n pusat hemodialis­is yang menyediaka­n 24 mesin rawatan percuma untuk pesakit buah pinggang.

Lebih istimewa, apabila siap sepenuhnya pada Mac tahun depan, ia bakal menjadi pusat hemodialis­is swasta pertama yang menawarkan perkhidmat­an percuma kepada pesakit HIV dan hepatitis di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERUBATAN: Pusat Rehabilita­si 1Malaysia Seberang Takir terletak di Bangunan Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Kuala Nerus.
— Gambar Bernama PERUBATAN: Pusat Rehabilita­si 1Malaysia Seberang Takir terletak di Bangunan Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir Kuala Nerus.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: Ahmad Razif membuat urutan pada kaki pesakit Masdi Mohd Nor, 53, ketika tinjauan ke Pusat Rehabilita­si 1Malaysia di Seberang Takir.
— Gambar Bernama BANTU: Ahmad Razif membuat urutan pada kaki pesakit Masdi Mohd Nor, 53, ketika tinjauan ke Pusat Rehabilita­si 1Malaysia di Seberang Takir.
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Ahmad Razif (kanan) membantu memapah pesakit strok Ishak Seman, 48, ketika tinjauan ke Pusat Rehabilita­si 1Malaysia di Seberang Takir semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Ahmad Razif (kanan) membantu memapah pesakit strok Ishak Seman, 48, ketika tinjauan ke Pusat Rehabilita­si 1Malaysia di Seberang Takir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia