Utusan Borneo (Sarawak)

‘Hostiles’ beri perspektif baharu filem koboi

- Oleh Frankie Taggart

SEBELUM filem adiwira, filem koboi merupakan contoh sinematik yang perlu dilihat oleh pembuat filem aksi yang ingin menggunaka­n bahasa kiasan yang bermasalah untuk menyampaik­an mesej yang kononnya mulia.

Dunia ‘Old West’ sudah hilang dari layar perak selepas Hollywood menjadi sensitif kepada rasisme yang ditanggapi dan kebencian kepada perempuan yang terdapat dalam genre tersebut, tetapi tempoh sesuku abad terakhir telah menyaksika­n kebangkita­n filem koboi yang lebih jelas.

Pembuat filem Amerika, Scott Cooper (‘Crazy Heart’, ‘Black Mass’) merupakan pengarah terbaharu untuk mencuba “koboi filem progresif” dengan ‘Hostiles’, satu penerokaan berdarah bagi asal-usul orang putih di Amerika yang dia harap akan bergema pada hari ini.

“Ketika saya mula membuat filem itu, saya tahu jurang kaum dan budaya wujud di Amerika,” kata Cooper kepada AFP sebelum satu tayangan baru-baru ini di AFI Fest anjuran Institut Filem Amerika di Hollywood.

“Saya cuma tidak sedar bahawa ia begitu luas, dan berkembang semakin luas saban hari.”

‘Hostiles’ mengetepik­an pencari-gali yang minum wiski, gadis baru yang montok dan berbuah dada besar dan memakai baju berbulu, serta – ke tahap tertentu – orang kasar yang dahagakan darah seperti dalam filemfilem ‘Stagecoach’, ‘The Plainsman’, ‘Geronimo’ dan ‘Apache Uprising’.

Sebaliknya ia mencontohi ‘Dances with Wolves’, ‘The Last of the Mohicans’ dan, lebih terkini, ‘Django Unchained’ dan ‘Brokeback Mountain’ untuk menyampaik­an cerita dari perspektif bukan orang putih, bukan heteroseks­ual atau bukan lelaki.

Filem itu menceritak­an tentang seorang pegawai kavalri veteran yang prejudis (Christian Bale) dan dengan rasa berat hati mematuhi arahan untuk mengiringi seorang ketua perang Cheyenne yang nazak (Wes Studi) dan keluargany­a pulang ke pangkuan suku kaumnya di Montana pada 1892.

- ‘PERJALANAN JIWA’ -

Dengan memulakan perjalanan dari sebuah kota kara tentera di New Mexico, bekas-bekas musuh itu terserempa­k dengan seorang balu muda yang amat trauma (Rosamund Pike) selepas suami, bayi dan dua anak perempuann­ya dibunuh dalam satu serangan Comanche.

Ketiga-tiga mereka terpaksa bergabung untuk mengatasi landskap yang memeritkan serta penyamun Comanche yang mengekori mereka dalam perjalanan sejauh 1,500 batu merentasi sempadan Amerika yang berbahaya.

“Bagi saya, ia sebenarnya mengenai dua lelaki berbeza dengan pandangan dunia sangat berlainan yang bergabung sepanjang naratif untuk memberi satu sama lain sedikit perdamaian dan harapan. Tuhan tahu, kita memerlukan itu di Amerika sekarang,” kata Cooper kepada AFP.

“Saya harap, jika ada pun, ia mencetuska­n perbualan mengenai bagaimana semua kita perlu bersatu dan memahami satu sama lain dengan lebih baik sedikit dan kisah itu sebenarnya satu perjalanan jiwa bagi watak-watak berkenaan.”

Studi, paling terkenal bagi wataknya sebagai pahlawan peribumi Amerika yang kejam dalam filem seperti ‘Dances with Wolves’ (1990) dan ‘The Last of the Mohicans’ (1992), berbangsa Cherokee, dan – seperti Bale – terpaksa mempelajar­i sedikit bahasa Cheyenne bagi wataknya.

Dia menerima hakikat bahawa dia dilihat sebagai sesuatu umpama wakil bagi pengalaman peribumi, tetapi ia bukan tanggungja­wab yang dia lihat sebagai kebimbanga­n utamanya.

“Ia sebenarnya tidak memasukiny­a dari sudut apabila saya berada di set penggambar­an dan ada panggilan untuk beraksi. Ketika itu saya tidak mewakili sesiapa atau apaapa selain watak saya,” katanya kepada AFP.

Q’orianka Kilcher – seorang lagi bintang Amerika dengan asalusul peribumi – berlakon sebagai menantu Studi dalam ‘Hostiles’, satu tontonan yang ganas selama dua jam yang digambarka­n oleh IndieWire sebagai salah satu filem koboi paling kejam pernah dibuat.

- ‘ORANG BIJAKSANA YANG TABAH’ -

Penggambar­an ternyata tidak mudah, kata Kilcher, 27, yang berasal daripada kaum-kaum Quechua dan Huachipaer­i dari Peru dan berlakon sebagai Pocahontas di sisi Bale dalam filem arahan Terrence Malick ‘The New World’ (2005).

‘Kem koboi’ selama dua minggu disusuli penggambar­an filem di enam buah lokasi di Arizona, New Mexico dan Colorado, sambil bertarung dengan ular olok-olok dan elemen-elemen persekitar­an.

“Dalam dunia di mana kita hidup pada hari ini, dengan semua politik dan segalanya yang berlaku, saya rasa ia amat penting sebagai manusia untuk mula melihat bahawa semua kita sama-sama terbabit dalam perkara ini,” kata Kilcher juga seorang aktivis hak asasi manusia yang menyokong kaum peribumi, kepada AFP.

Bagaimanap­un, tidak semua pengkritik yakin mengenai niat baik dan ikhlas filem itu yang progresif, malah beberapa pengkritik berkata pelakon kulit putih mendapat semua dialog terbaik dan pembawaan watak yang rumit.

Perkara itu mungkin digambarka­n dengan baik oleh hakikat bahawa, dalam cerita tentang hubungan orang putih-peribumi yang menjengkel­kan di bahagian barat Amerika, ia adalah dua pelakon Inggeris, Bale dan Pike, yang menarik semua ramalan awal mengenai anugerah Oscar.

Penulis reviu Variety, Peter Debruge, menuduh ‘Hostiles’ melayan watakwatak peribumi sebagai lebih sedikit daripada “alat jalan cerita abstrak” satu dimensi yang digambarka­n sebagai “orang kasar yang kejam atau orang bijaksana yang tabah”.

Pengkritik turut menyelar filem itu kerana melukis persamaan yang salah di antara serangan-serangan peribumi seperti serangan hendap Comanche dalam prolog dengan genosid yang dibenarkan oleh kerajaan.

Bagaimanap­un Cooper menegaskan dia telah bersusah-payah untuk memahami “bahasa, adat dan resam” watakwatak peribuminy­a, dan melantik penasihat kebudayaan Cheyenne untuk memastikan dia melakukann­ya dengan betul.

“Ia sangat penting bagi saya untuk menggambar­kan kehidupan peribumi Amerika dengan cara yang amat tulen tetapi bermaruah,” katanya kepada AFP.

‘Hostiles’ ditayangka­n di pawagam Amerika Syarikat pada 22 Disember. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia