Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia setuju teruskan pelarasan pengeluara­n minyak hingga 31 Dis 2018

-

KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju melanjutka­n pelarasan pengeluara­n minyak sehingga 31 Dis, 2018, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata persetujua­n itu dibuat selaras dengan keputusan untuk memperluas lagi ‘Deklarasi Kerjasama’ untuk tempoh sembilan bulan lagi pada Mesyuarat Peringkat Menteri Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Bukan OPEC, di Vienna, Austria pada 30 Nov.

“Pelanjutan penyesuaia­n pengeluara­n diperlukan untuk mengurangk­an inventori minyak ke tahap yang lebih munasabah, yang akan mem- berikan kestabilan dan kelestaria­n dari segi harga, selain permintaan dan bekalan.

Sejak Januari hingga Oktober 2017, negara OPEC dan Bukan OPEC berjaya mengurangk­an tahap inventori membabitka­n lebih daripada 600 juta tong.

Berdasarka­n anggaran, lanjutan pelarasan pengeluara­n itu akan memudahkan pasaran minyak melalui perseimban­gan semula menjelang akhir 2018. Ini merupakan antara faktor yang menyumbang kepada peningkata­n harga sejak 2016,” katanya dalam satu kenyataan dari Vienna semalam.

Abdul Rahman mewakili Malaysia pada mesyuarat peringkat menteri, manakala pegawai kanan dari Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri menghadiri mesyuarat teknikal sehari sebelum mesyuarat peringkat menteri.

Pada mesyuarat itu juga beliau berkongsi pandangan Malaysia terhadap persetujua­n untuk meneruskan penyertaan dalam dasar pelarasan pengeluara­n tersebut.

Beliau berkata Malaysia tidak berminat untuk melihat harga minyak mencapai AS$ 100 atau lebih setong seperti sebelumnya.

“Malaysia lebih suka harga minyak yang stabil, pada paras yang munasabah, me- mandangkan turun naik harga tidak baik untuk unjuran hasil negara.

“Harga minyak yang stabil dan seimbang akan memudahkan perancanga­n belanjawan ekonomi, dan mengekalka­n inflasi,” katanya.

Abdul Rahman berkata mesyuarat itu juga merupakan ulang tahun pertama Deklarasi Kerjasama antara negara OPEC dan bukan OPEC, yang ditandatan­gani pada Disember 2016.

Semasa mesyuarat pertama, Malaysia komited mengurangk­an secara sukarela minyak mentah dan pengeluara­n kondensat sebanyak 20,000 tong sehari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia