Utusan Borneo (Sarawak)

The Claypot House buka cawangan kedua di VivaCity

-

KUCHING: Pembukaan kedua cawangan The Claypot House di Tingkat 4 bangunan VivaCity Megamall memberi lebih banyak pilihan makanan untuk sahabat handai atau seisi keluarga ketika bersama.

Premis tersebut masih lagi menampilka­n menu signature, ‘Pakistan Curry Lamb’ yang menjadi kesukaan ramai setempat di sini selain menampilka­n dua menu baharu.

Dua menu tersebut adalah ‘BBQ Chicken Fried Rice’ dan ‘BBQ Chicken Noodle Wantan’.

Harga hidangan periuk tanah liat di sini adalah di antara RM8.90 sehingga RM13.50 selain turut menawarkan sajian lain seperti makanan barat, nasi ayam, Seafood Kolo Mee.

Pihaknya beroperasi seperti masa pusat beli-belah iaitu di antara 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari dan menghidang­kan makanan yang boleh dimakan oleh setiap lapisan masyarakat di sini.

Bagaimanap­un, lesen halal daripada pihak berwajib masih lagi di dalam proses permohonan tetapi dijamin setiap jenis makanan disediakan oleh tukang masak beragama Islam.

Bermula September lepas, pengembang­an perniagaan akan diteruskan dengan pembukaan dua lagi The Claypot House sebelum penghujung tahun ini di pusat beli-belah Hock Lee Centre dan di Perbandara­n Baru MJC.

 ??  ?? ’BBQ CHICKEN FRIED RICE’
’BBQ CHICKEN FRIED RICE’
 ??  ?? ‘BBQ CHICKEN NOODLE WANTAN’
‘BBQ CHICKEN NOODLE WANTAN’
 ??  ?? MAKANAN HALAL: Barisan tukang masak di The Claypot House, (dari kiri) Mohammad Nur Syafiq, Azid Hamizi Yusuf dan Mohammad Kalana bergambar bersama menu yang ditawarkan di sini.
MAKANAN HALAL: Barisan tukang masak di The Claypot House, (dari kiri) Mohammad Nur Syafiq, Azid Hamizi Yusuf dan Mohammad Kalana bergambar bersama menu yang ditawarkan di sini.
 ??  ?? MESTI CUBA: Masakan di dalam periuk tanah liat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
MESTI CUBA: Masakan di dalam periuk tanah liat yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.
 ??  ?? ENAK: Menu Signature The Claypot House, ‘Pakistan Curry Lamb’.
ENAK: Menu Signature The Claypot House, ‘Pakistan Curry Lamb’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia