Utusan Borneo (Sarawak)

MAYAT DUA MANGSA TRAGEDI PERAHU KARAM DITEMUI

-

SIBU: Penemuan dua mayat di kawasan perairan Pala Won dan Sempilih, Batang Balleh, Kapit pagi semalam mengakhiri operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pekerja kem dalam tragedi perahu karam di Nanga Entelawan, Batang Balleh, Kapit pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian berkata, mayat mangsa pertama dikenali sebagai Gomes Hillary Jugah dijumpai di kawasan Pala Won oleh pekerja Syarikat Trinity Sdn Bhd pada jam 7.30 pagi semalam.

Katanya, mayat kedua, Tang Choo Yew dijumpai oleh penduduk rumah panjang di kawasan perairan Sempilih, Sungai Balleh sekitar jam 11.40 pagi.

Gomes, 35, yang berasal dari Rumah Ujih, Sungai Pasai merupakan penyelia kem PJA Trinity, manakala Tang, 33, adalah subkontrak­tor kem sama berasal dari Ulu Sungai Merah dekat sini.

Freddy berkata, mayat Gomes telah diserah kepada pihak polis yang tiba di jeti Waf Kubu Kapit pada jam 12.56 tengah hari semalam untuk dibawa ke Hospital Kapit bagi tindakan lanjut.

Manakala, mayat Tang, katanya, dibawa ke jeti sama oleh pihak bomba.

“Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kapit untuk pengecaman oleh ahli keluarga masing-masing seterusnya bedah siasat akan dilakukan esok (hari ini),” katanya.

Operasi SAR hari ketiga bermula pada jam 9.45 pagi semalam disertai anggota bomba, polis dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

Dalam insiden sekitar jam 5 pagi Khamis lalu, kedua-dua mangsa bersama beberapa rakan lain sedang menyeberan­gi sungai menaiki perahu untuk kembali ke kem Entelawan dari kem PJA Trinity di Batang Balleh, Kapit.

Bagaimanap­un, tragedi melanda apabila perahu mereka terbalik dan karam akibat arus sungai deras.

Pemandu perahu dan seorang lagi subkontrak­tor berjaya menyelamat­kan diri dengan berenang ke tebing sungai.

 ??  ?? DITEMUI: Mayat Gomes ditemui terapung di tebing sungai di perairan Pala Wun, Batang Batang Balleh, Kapit.
DITEMUI: Mayat Gomes ditemui terapung di tebing sungai di perairan Pala Wun, Batang Batang Balleh, Kapit.
 ??  ?? TRAGEDI: Mayat Tang diusung anggota bomba ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut.
TRAGEDI: Mayat Tang diusung anggota bomba ke Hospital Kapit untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia