Utusan Borneo (Sarawak)

KEPALA DIBUNGKUS GUNI

Penemuan mayat wanita tanpa identiti gemparkan penduduk Kampung Pulau Melayu.

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Penduduk Kampung Pulau Melayu di sini gempar apabila mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan terapung oleh sekumpulan nelayan yang kebetulan melalui Sungai Miri di sini, awal pagi semalam.

Mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan kepala dibungkus dengan guni baja ayam sehingga ke paras pinggang pada kira-kira jam 8 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi semalam mengesahka­n penemuan mayat itu.

“Mayat tanpa identiti tersebut merupakan seorang wanita dipercayai berusia dalam lingkungan 30-an.

“Selain dibungkus dengan guni, terdapat tali kasar berukuran sebesar jari telunjuk dililit di keliling bahagian perut mangsa,” katanya.

Stanley berkata, setakat ini kecederaan mayat belum dapat dipastikan dan keadaan mayat dalam keadaan tidak sempurna dengan kepalanya mula reput. “Kes ini masih dalam siasatan pihak polis bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Wanita berambut panjang dan berkulit cerah itu menggunaka­n pakaian warna kuning lengan panjang, seluar panjang warna coklat, tali pinggang hitam dan bercoli warna hitam,” katanya. Sehubungan itu, pihak polis meminta mana-mana waris yang kehilangan ahli keluarga agar tampil membuat pengecaman. Terdahulu, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng turut bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada pihak polis. Anggota bomba bertindak mengambil serta menaikkan mayat mangsa ke darat seterusnya menyerahka­nnya kepada pihak polis. Mayat mangsa kemudian dibawa menggunaka­n kenderaan polis ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk bedah siasat.

 ??  ?? TERAPUNG: Gambar mayat wanita terapung di sungai yang tular dalam aplikasi WhatsApp.
TERAPUNG: Gambar mayat wanita terapung di sungai yang tular dalam aplikasi WhatsApp.
 ??  ?? ANGKAT: Anggota bomba mengangkat mayat ke darat.
ANGKAT: Anggota bomba mengangkat mayat ke darat.
 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia