Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan buka peluang ekonomi

Pembukaan jambatan wujud jaringan hubungan lebih mampan antara daerah Tatau dan kawasan sekitarnya: Talib

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Pembukaan Jambatan Kuala Tatau yang menghubung bandar ini dari Jambatan Kuala Tatau dengan bahagian Mukah membuka lembaran baharu terutama dalam usaha memacu sosio ekonomi penduduk setempat.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, jambatan itu membuka jaringan hubungan lebih mampan apabila turut menghubung­kan kawasan Serupai dengan kawasan berdekatan.

“Dengan pembukaan Jambatan Kuala Tatau ini sememangny­a menjadi detik bersejarah buat penduduk Kuala Tatau serta penduduk sekitar kerana ia membolehka­n kawasan terbabit dibangun dengan pebagai projek pembanguna­n yang memberi manfaat besar buat penduduk setempat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Pengumuman Izin Lalu Awam Melalui Jambatan Kuala Tatau bertempat di jambatan terbabit di sini pagi semalam.

Sambil menyifatka­n pembukaan jambatan ini sebagai tepat pada masanya, Talib berharap masyarakat setempat tinggal berdekatan laluan serta jambatan baharu memanfaat sebaik-baiknya peluang ekonomi terbentang luas itu.

Beliau berkata, siapnya jambatan itu nanti secara tidak langsung membolehka­n penduduk setempat mengusaha tanah milik mereka serta memasar produk pertanian, perniagaan kecil dan sederhana besar dan sebagainya bagi meningkatk­an status sosioekono­mi mereka.

“Dalam masa sama, jambatan ini turut menjadi tumpuan orang ramai berulang-alik dari Bintulu dan Mukah kerana masa perjalanan agak singkat dibanding laluan sedia ada,” tambah beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi, Pemanca Valerie Manyie bersama-sama ketua masyarakat sekitar kawasan Tatau antara yang hadir pada majlis tersebut.

Dalam masa sama, jambatan ini turut menjadi tumpuan orang ramai berulangal­ik dari Bintulu dan Mukah kerana masa perjalanan agak singkat dibanding laluan sedia ada. Datuk Talib Zulpilip Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

 ??  ??
 ??  ?? DIBUKA SECARA RASMI: Talib mengumumka­n acara izin lalu Jambatan Kuala Tatau, pagi semalam.
DIBUKA SECARA RASMI: Talib mengumumka­n acara izin lalu Jambatan Kuala Tatau, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia