Utusan Borneo (Sarawak)

Cawangan RHB baharu dijangka tingkat pertumbuha­n pelanggan

-

GEORGE TOWN: RHB Bank Bhd menjangkak­an asas pelanggann­ya di wilayah utara akan berkembang sebanyak 10 peratus berikutan pembukaan cawangan ke-209 bank itu yang turut dilengkapi dengan Pusat Perbankan Premier.

Pemangku Ketua Perbankan Peruncitan Kumpulan, Nazri Othman, berkata wilayah utara merupakan pasaran kedua terbesar domestik selepas Lembah Klang yang banyak melayani pelanggan perniagaan.

Katanya, pelanggan RHB Bank di utara terdiri daripada peruncitan serta perusahaan kecil dan sederhana, Pusat Perbankan Premier diwujudkan bagi tujuan memenuhi tuntutan segmen mewah di kawasan berkenaan.

“Cawangan baharu di Tanjung Tokong akan memacu asas pelanggan di utara sebanyak kira-kira 10 peratus pada 2018,” katanya kepada pemberita.

Menurut Nazri, pengembang­an itu akan merangsang prestasi RHB di wilayah utara yang kini menduduki tempat ketiga terbaik antara 10 wilayah tempatan bank itu.

Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Khairussal­eh Ramli, telah merasmikan cawangan RHB Bank di Wisma Binjul, Tanjung Tokong, yang merupakan cawangan ke-24 bank itu di kawasan utara.

“Kami menjangkak­an angka tersebut akan mengatasi pertumbuha­n gadai janji dalam industri pembiayaan yang diramalkan tumbuh pada 7 peratus dalam tahun ini. Kami menjangkak­an pinjaman gadai janji akan berkembang kira- kira 13 peratus pada tahun depan,” katanya.

Katanya, selain mengembang­kan Amanah Saham Bumiputera dan pembiayaan kenderaan, pinjaman kumpulan akan memberi tumpuan kepada perumahan atau membeli projek-projek yang mampu milik sejajar dengan permintaan pasaran dan tawaran pemaju. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia