Utusan Borneo (Sarawak)

Fazzrudin gesa jawatankua­sa masjid, surau berfikir di luar kotak merealisas­ikan perkara ini

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman semalam menggesa semua jawatankua­sa masjid dan surau terutama dalam kawasan Tupong berfikir di luar kotak, bagaimana untuk membantu masyarakat.

Mengambil contoh sebuah masjid di Taman Hussein di ini, Fazzrudin berkata pihak jawatankua­sa masjid tersebut menyediaka­n sebuah kaunter khas untuk masyarakat menghulurk­an sumbangan dalam apa jua bentuk.

Sumbangan- sumbangan ini katanya adalah makanan seperti beras, sardin, gula dan sebagainya, akan diberikan kepada golongan fakir serta tidak berkemampu­an untuk menampung keperluan harian mereka.

“Saya amat tertarik dengan inisiatif yang dibuat oleh masjid di Taman Hussein ini dan ia boleh dijadikan contoh oleh jawatankua­sa masjid dan surau lain terutama di Tupong ini.

“Saya tahu terdapat ramai dalam kalangan kita yang mahu menyumbang tetapi tidak mempunyai masa untuk pergi dari rumah ke rumah untuk menghulurk­an bantuan.

“Saya percaya kewujudan kaunter sumbangan khas ini akan menarik lebih ramai masyarakat untuk tampil menyumbang dan akan membolehka­n lebih ramai golongan susah terutama daripada kalangan saudara kita dibantu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ma-

Saya amat tertarik dengan inisiatif yang dibuat oleh masjid di Taman Hussein ini dan ia boleh dijadikan contoh oleh jawatankua­sa masjid dan surau lain terutama di Tupong ini. Fazzrudin Abdul Rahman ADUN Tupong

jlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Mukim Pinang Jawa dan Hari Terbuka Komuniti N.6 Tupong di Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa di sini semalam.

Bercakap mengenai sambutan tersebut, ia melibatkan kerjasama antara gabungan Kejiranan Mesra Pinang Jawa N.6 Tupong, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sempena sambutan ini dengan lima aktiviti utama iaitu pertanding­an kebersihan dan keceriaan masjid dan surau sempena standard penarafan bintang masjid negeri peringkat Mukim Pinang Jawa, majlis tilawah al-Quran peringkat mukim Pinang Jawa, pertanding­an khat, azan dan hafazan, perarakan dan pertanding­an sepanduk dan kuliah subuh perdana.

Selain memperkuku­hkan perasaan kasih dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW, program ini juga bertujuan memperkena­lkan fungsi kewujudan mukim Pinang Jawa kepada mukim-mukim zon Jalan Matang yang lain selain Pinang Jawa.

Sambutan ini antara lain juga untuk memperkuku­hkan jalinan kerjasama antara seluruh ahli jawatankua­sa mukim Pinang Jawa termasuk agensi-agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan dan Komuniti N.6 Tupong amnya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Fazzrudian menyampaik­an sumbangan kepada penerima infaq di Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa di Kuching semalam.
SUMBANGAN: Fazzrudian menyampaik­an sumbangan kepada penerima infaq di Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia