Utusan Borneo (Sarawak)

200 pelajar tingkatan lima SMK Tinggi Sarikei diraikan

-

SARIKEI: Seramai 200 pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei diraikan pada Majlis Graduasi SMK Tinggi Sarikei malam kemarin.

Pada majlis itu, dua guru bakal berpindah tugas ke sekolah lain turut diraikan bersama iaitu Wong Siong Ning berpindah ke Sibu dan Zaitul Safarina Zaid berpindah ke Semenanjun­g Malaysia.

Pengetua SMK Tinggi Sarikei Ting Sing Teck dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih kepada guru-guru sekolah itu atas komitmen dan kerjasama memperting­katkan prestasi dan pencapaian cemerlang sekolah.

“Kita berharap situasi seumpama ini diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan generasi seterusnya berada pada pencapaian terbaik dalam bidang akademik mahupun kokurikulu­m,” katanya.

Ting menggesa semua pelajar bercuti panjang sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dikeluarka­n memanfaatk­an cuti dengan aktiviti berfae- dah.

“Ringankan tulang dengan membantu orang tua masingmasi­ng bekerja. Jaga tingkah laku dan jauhi daripada terlibat dengan sebarang aktiviti tidak berfaedah.

“Masa anda masih panjang dan jauh. Maka itu, gunakan masa cuti ini dengan kerjakerja membawa kebaikan,” katanya.

Majlis berlangsun­g di Dewan SMK Tinggi Sarikei itu turut dihadiri Pengerusi Alumi SMK Tinggi Sarikei Dr Chieng King Chong serta guru-guru sekolah terbabit.

 ??  ?? DIRAIKAN: Pelajar tingkatan lima SMK Tinggi Sarikei bersama warga pendidik.
DIRAIKAN: Pelajar tingkatan lima SMK Tinggi Sarikei bersama warga pendidik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia