Utusan Borneo (Sarawak)

WIPKL 2017: Platform tingkat kepimpinan wanita untuk kekal relevan

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n antarabang­sa Wanita dalam Politik 2017 (WIPKL) yang bermula hari ini, akan mewujudkan satu platform bagi wanita mengguna pakai Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk kekal relevan dalam era digital, kata Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Jalil.

Bertemakan ‘ Wanita dan Revolusi Industri 4.0: Kepimpinan dan Kesaksamaa­n Substantif’, beliau berkata persidanga­n dua hari itu akan mewujudkan kesedaran bagi wanita dalam politik untuk memahami dan menggunaka­n teknologi.

“IR4.0 adalah mustahak untuk pemimpin wanita dalam politik memahami dan memimpin wanita agar terus relevan. Sekiranya tidak memahami IR4.0, mereka akan ketinggala­n.

“Persidanga­n ini penting bukan sahaja untuk wanita Malaysia tetapi kami berharap ia dapat mewujudkan laluan politik baharu buat semua pemimpin wanita khususnya dalam politik,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin wanita asing di sini semalam.

WIPKL 2017 diadakan bersempena Perhimpuna­n Agung UMNO. Persidanga­n itu pertama kali diadakan pada 2015 semasa Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN pada 2015.

Shahrizat berkata penceramah dari 18 negara dan 27 parti politik termasuk Amerika Syarikat, Uganda, Palestin, Mauritius, Kyrgyzstan akan menyertai persidanga­n yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beliau berharap persidanga­n yang akan dihadiri oleh wanita-wanita ikonik akan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita di negara ini, khususnya mereka yang terlibat dalam bidang politik untuk lebih berjaya.

“Kita akan membawa resolusi persidanga­n ini kepada negara-negara yang terlibat. Selain itu, saya akan memaklumka­n kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk memastikan wanita Malaysia tidak ketinggala­n dalam dunia politik,” katanya.

Kira-kira 1,000 delegasi dijangka menyertai WIPKL 2017. Antara penceramah yang terlibat ialah Ketua Whip Kerajaan Uganda Ruth Nankabirwa, Menteri Kedua Tenaga Manusia Singapura Josephine Teo dan Pengarah Serantau Wanita PBB bagi Asia Pasifik Dr Miwa Kato. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Shahrizat ketika sidang media sempena persidanga­n antarabang­sa ‘Women In Politics’ ( WIPKL) 2017 di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Shahrizat ketika sidang media sempena persidanga­n antarabang­sa ‘Women In Politics’ ( WIPKL) 2017 di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia