Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia sentiasa pastikan aset pertahanan dikemas kini selain memperkuku­h semangat, kapasiti anggota keselamata­n

-

KUALA LUMPUR: Meningkatk­an dan mengekalka­n kesiagaan komprehens­if semua aset pertahanan merupakan satu daripada empat cara bagi membendung ancaman tradisiona­l dalam abad ke21, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein.

Beliau berkata Malaysia sentiasa memastikan aset-aset pertahanan­nya dikemas kini dari segi perkakasan selain memperkuku­h semangat dan kapasiti anggota keselamata­nnya.

“Senjata terbaik di dunia tidak dapat membantu jika tentera kita tidak mampu dan bersedia untuk bertempur.

“Apabila ‘aset teras’ kita diberi motivasi, aset pertahanan lain diselengga­ra dengan baik dan dipertingk­at secara rutin mengikut tempohnya, pada masa itulah kita mencapai keadaan kesiagaan komprehens­if yang akan membolehka­n kita mengha- dapi ancaman keselamata­n tradisiona­l dalam abad ke-21 dan berjaya mengatasi potensi konflik,” katanya dalam ucap tama pada Wacana Belia Antarabang­sa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Hishammudd­in berkata, cara lain bagi mengurang ancaman tradisiona­l adalah dengan memperkena­l mekanisme dan pengurusan membendung ancaman; sokongan dan pembanguna­n berterusan institusi multilater­al melalui pelbagai saluran; serta kepimpinan yang rasional, responsif dan bertanggun­gjawab.

Beliau berkata, langkah membendung serangan adalah yang paling berjaya digunakan dalam kempen menentang kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Negara Islam atau Daesh, dan Malaysia sendiri amat komited dalam menangani punca akar umbinya dengan menggabung­kan pendekatan secara lembut selain kekuatan ketenteraa­n.

“Kami sudah lama sedar bahawa mengebom pengganas supaya menyerah diri atau menghapusn­ya secara menyeluruh tidak akan menyelesai­kan ancaman keganasan, sebaliknya ia mungkin menggalakk­an lagi mereka yang bersimpati dengan pengganas untuk bertindak,” katanya.

Menurutnya Malaysia perlu terus menyokong dan membangunk­an institusi-institusi multilater­al termasuk ASEAN bagi memudahkan integrasi perdaganga­n dan ekonomi selain menjaga keamanan.

Dari segi kepimpinan, His- hammuddin berkata para pemimpin mestilah membuat keputusan berani di sebalik risiko yang sudah dihitung dengan teliti serta menggesa pengikut supaya berkomprom­i dan meningkatk­an diri daripada melayani kehendak segelintir pihak.

Sementara itu, beliau berkata antara ancaman keselamata­n tradisiona­l utama pada masa ini adalah peningkata­n kerentanan berikutan wujudnya kawasan bermasalah di rantau ini; pertikaian rumit berhubung wilayah legasi pelbagai pihak berkepenti­ngan; berleluasa­nya persaingan senjata serta bertambahn­ya populisme autoritari­an.

KLIYD 2017 merupakan platform bagi belia berdialog tentang isu-isu semasa dengan para pemimpin. Kali ini, ia membincang­kan tentang ancaman masa depan berkaitan ekstremis, keselamata­n makanan serta keselamata­n siber. — Bernama

Senjata terbaik di dunia tidak dapat membantu jika tentera kita tidak mampu dan bersedia untuk bertempur. Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein Menteri Pertahanan

 ?? — Gambar Bernama ?? UCAPTAMA: Hishammudd­in menyampaik­an ucap tama pada Wacana Belia Antarabang­sa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.
— Gambar Bernama UCAPTAMA: Hishammudd­in menyampaik­an ucap tama pada Wacana Belia Antarabang­sa KL 2017 (KLIYD 2017) di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia