Utusan Borneo (Sarawak)

Sampaikan mesej agar tidak mudah putus asa melawan penyakit

-

REMBAU:Tigapelaja­r,yang merupakan bekas pesakit kanser darah atau leukemia, menyahut cabaran mendaki Gunung Datuk dekat sini, bagi membuktika­n kepada masyarakat mereka juga mampu melakukan aktiviti lasak.

Mohd Rohaizad Roslan, 17, berkata dia menyahut cabaran mendaki gunung sebagai satu daripada cara menyampaik­an mesej agar tidak mudah berputus asa melawan penyakit yang dihidapi.

“Setinggi-tinggi Gunung Datuk, tinggi lagi harapan saya untuk melihat pesakit kanser yang lain sembuh seperti saya, sebab itu saya cabar diri dengan mendaki gunung ini.

“Saya tidak mahu melihat golongan yang menghidap penyakit kanser putus harapan sebaliknya mahu mereka terus kuat mengharung­i kehidupan seperti orang normal,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas selesai mendaki Gunung Datuk anjuran Cancer Associates and Kindred Network (CAKNE), kelmarin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko Kajang, Selangor, itu dikesan menghidap kanser darah pada tahun 2007 dan disahkan bebas daripada penyakit itu selepas tiga tahun.

Selain Rohaizad, misi mendaki gunung berketingg­ian 884 meter itu turut disertai Irfan Ismail, 15, yang melihat cabaran mendaki gunung tersebut tidak semudah mendaki Bukit Saga, Ampang hujung tahun lalu.

“Saya sudah berlatih selama sebulan sebelum pendakian bagi menguatkan stamina diri untuk menawan gunung ini, ternyata aktiviti ini menyeronok­kan dan saya dapat buktikan saya berjaya menawan Gunung Datuk pada usia yang muda,” katanya.

Ketika disahkan menghidap kanser seawal usia enam tahun, Irfan berasakan ini merupakan pengakhira­n hidupnya dan hampir berputus asa.

“Keluarga saya banyak memberi semangat ketika saya menghidap kanser, sebelum ini saya rasa sudah tidak boleh hidup lagi dan tiada harapan, tetapi alhamdulil­lah saya bebas kanser ketika saya Darjah Tiga.

“Sekiranya terdapat aktiviti seperti ini saya akan sertai dan menyampaik­an mesej-mesej kesedaran kepada pesakit kanser yang lain,” katanya.

Peserta termuda, Ahmad Ilham Rushdi, 12, pula berkata pendakian itu mencabar dirinya untuk melihat sejauh mana prestasi kekuatan diri selepas bebas daripada kanser darah yang dihidapiny­a sejak berusia tiga bulan hingga enam tahun.

“Setiap orang mesti mencabar diri, bukan sahaja orang yang menghidap penyakit kanser tetapi orang yang sihat juga supaya selepas ini apa juga perkara yang kita tidak pernah lakukan kita berpeluang merasainya,” katanya.

Misi menawan puncak Gunung Datuk turut disertai 100 pendaki lain yang turut membawa nama 106 pesakit kanser di negara ini. Mereka mula mendaki pada jam 8.30 pagi dan turun ke kaki gunung kira-kira jam 3.30 petang hari yang sama.

Pengasas CAKNE Mohd Shah Awaluddin berkata selain membawa nama pesakit yang sedang berjuang melawan kanser, pendakian tersebut juga diadakan bagi mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti luar di kalangan masyarakat.

“Selain itu, aktiviti pendakian ini juga berjaya mengumpul dana sebanyak RM3,000 bagi CAKNE, iaitu persatuan sokongan bagi kanak- kanak penghidap kanser,” katanya. — Bernama

Saya tidak mahu melihat golongan yang menghidap penyakit kanser putus harapan sebaliknya mahu mereka terus kuat mengharung­i kehidupan seperti

normal. ” orang Mohd Rohaizad Roslan Bekas pesakit kanser

 ?? — Gambar Bernama ?? MAJLIS CUKUR JAMBUL: Sultan Muhammad V (kiri) berkenan menghadiri majlis cukur jambul dan doa selamat cucu lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Adam Razak Daniyar di Seri Perdana semalam.
— Gambar Bernama MAJLIS CUKUR JAMBUL: Sultan Muhammad V (kiri) berkenan menghadiri majlis cukur jambul dan doa selamat cucu lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Adam Razak Daniyar di Seri Perdana semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Mohd Johari (belakang, enam kanan) bergambar bersama sebahagian peserta pada program Perasmian ‘Kedah Drift Challenge’ di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Mohd Johari (belakang, enam kanan) bergambar bersama sebahagian peserta pada program Perasmian ‘Kedah Drift Challenge’ di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia