Utusan Borneo (Sarawak)

Najib rangsang semangat UMNO menjelang PRU14

PM dijangka mengingatk­an lebih tiga juta anggota bahawa UMNO masih kukuh, mampu lunaskan janji

-

KUALA LUMPUR: Ada banyak yang hendak diperkatak­an oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau berdiri di atas pentas pada Khamis ini bagi merasmikan Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 ketika parti semakin rancak melakukan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pesanan itu akan didengar dengan teliti oleh lebih 5,700 anggota parti yang akan berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bersempena perhimpuna­n tersebut, sambil mereka dan anggota parti yang lain bersedia memperheba­t usaha memenangi hati dan minda rakyat untuk memastikan kemenangan dalam PRU14.

Pilihan raya itu yang dijangka menjadi satu pemilihan paling sengit bagi mereka yang mendambaka­n Putrajaya selaku tampuk kuasa, kini disifatkan sebagai ‘ibu segala pilihan raya’.

Presiden UMNO itu yang juga Perdana Menteri, dijangka mengingatk­an lebih tiga juta anggota UMNO bahawa parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) tersebut masih kukuh walaupun berdepan pelbagai cabaran, serta berkemampu­an melunaskan janjinya kepada rakyat.

Najib berkemungk­inan besar memberi penekanan kepada peranan utama UMNO dalam menjuarai kaum Melayu dan komuniti lain di samping membawa kemajuan kepada negara ini – satu peranan yang telah terbenam rapi dalam sejarah parti berusia 71 tahun itu.

“UMNO sebuah parti yang menjuarai rakyat, menyayangi negara ini, sedia berkorban hingga ke titisan darah terakhir untuk Malaysia, UMNO adalah kepunyaan rakyat dan anggotanya, bukan milik individu tertentu,” kata Najib dalam catatan blognya barubaru ini.

Pemerhati berpandang­an Najib akan menggarisk­an keperluan anggota parti mengetepik­an sebarang keraguan berhubung kekuatan parti pada PRU14 nanti dan betapa perlunya mereka me-

UMNO sebuah parti yang menjuarai rakyat, menyayangi negara ini, sedia berkorban hingga ke titisan darah terakhir untuk Malaysia, UMNO adalah kepunyaan rakyat dan anggotanya, bukan milik individu tertentu. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

nanam mentaliti menang ketika keluar meraih undi untuk UMNO dan BN menjelang pilihan raya tersebut.

Menerusi UMNO sebagai tulang belakang, pentadbira­n Najib mempunyai rekod yang terbukti dari segi pelunasan janji melalui pelbagai inisiatif yang dibuat bagi memastikan kesejahter­aan lebih 30 juta penduduk Malaysia dan kemakmuran negara.

Pemimpin UMNO termasuk di peringkat akar umbi perlu melengkapk­an diri mereka dengan pengetahua­n tentang pencapaian ini untuk disebarkan kepada rakyat semasa mendapatka­n sokongan bagi parti dan juga BN yang dipengerus­ikan oleh Najib.

Namun, apa yang lebih menarik bagi mereka ialah untuk mendengar bagaimana Najib menangani naratif negatif tentang beliau dan pentadbira­nnya berhubung isu- isu seperti 1 Malaysia Developmen­t Berhad, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), kedaulatan Malaysia dalam hubungan pelaburan asing serta dakwaan salah urus ekonomi negara ini.

Presiden UMNO itu mungkin akan turut membidas pengkritik­nya berhubung usaha-usaha berterusan dan tersusun untuk menjatuhka­n beliau dan kerajaanny­a termasuk dengan memutarbel­itkan fakta serta menggunaka­n berita palsu dengan ada masanya penglibata­n secara langsung media antarabang­sa.

Pastinya sukar bagi beliau untuk tidak melontarka­n hakikat bahawa negara ini akan terus berada dalam keadaan selamat di bawah pimpinan UMNO dan BN bagi lima tahun lagi.

Najib mempunyai alasan yang kukuh untuk yakin dengan keupayaan UMNO dan BN dalam menunaikan janji mereka berhubung kestabilan dan kemakmuran berterusan negara ini berikutan keadaan kucar- kacir barisan pembangkan­g sekarang dengan anggotanya saling bergaduh demi perjuangan dan agenda berbeza.

Sekalipun semua parameter seperti pertumbuha­n ekonomi, kestabilan politik dan kedudukan negara di peringkat antarabang­sa serta keadaan pembangkan­g yang memihak kepada UMNO dan BN, tidak rugi untuk mengingatk­an bahawa pembangkan­g akan berjuang habis-habisan untuk menafikan parti memerintah satu lagi kejayaan pada PRU14 nanti.

Perhimpuna­n UMNO dari 5 hingga 9 Dis ini akan bermula pada Selasa dengan Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup diikuti perasmian serentak perhimpuna­n agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO dijadualka­n pada Rabu manakala perasmian Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 pada Khamis.

Beberapa acara sampingan telah disusun bersempena Perhimpuna­n Agung UMNO kali ini seperti Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2017 (PEMANAS 5.0), Wacana Belia Antarabang­sa Kuala Lumpur, Persidanga­n Antarabang­sa Wanita dalam Politik 2017 dan lain- lain yang berkaitan dengan Kelab UMNO Luar Negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENINJAU: Najib diberi penerangan oleh Ab Rauf (dua kanan) ketika meninjau Laman Media sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam
— Gambar Bernama MENINJAU: Najib diberi penerangan oleh Ab Rauf (dua kanan) ketika meninjau Laman Media sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia