Utusan Borneo (Sarawak)

UMNO Rantau Panjang serah bantuan ke perkampung­an yang kritikal

-

RANTAU PANJANG: Berpegang kepada prinsip ‘membantu tanpa mengira fahaman politik’, UMNO Rantau Panjang mengagihka­n bantuan kepada lebih 6,000 mangsa banjir di daerah itu sejak Selasa lepas.

Ketua UMNO bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassin berkata agihan bantuan berupa barangan keperluan itu bagi memastikan mangsa banjir di setiap pusat pemindahan sementara di daerah berkenaan mempunyai bekalan mencukupi.

“Nak bantu orang susah jangan kita soal dia sokong parti mana, kita bantu saja, ini soal perikemanu­siaan, mereka perlukan pertolonga­n dan kita (UMNO) wajib bantu,” katanya kepada Bernama setelah mengagih 200 pek berisi barangan keperluan kepada Madrasah Dia’uddin, Lubok Setol di sini kelmarin.

Katanya, UMNO tidak pernah menyekat bantuan kepada mangsa banjir walaupun Kelantan diperintah parti pembangkan­g.

“Soal sokong parti mana kita tolak tepi, bantuan wajib disalurkan kepada mangsa kerana ini tugas kita, UMNO telah dididik sejak dulu lagi berpegang kepada prinsip itu,” kata Abdullah.

Misi bantuan UMNO Rantau Panjang terpaksa menggunaka­n khidmat kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Smart dan RELA untuk sampai ke madrasah yang terletak di kawasan pedalaman dan terputus hubungan sejak tiga hari lepas akibat banjir.

Malah misi tersebut terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke lokasi yang terletak 15 kilometer dari pekan Rantau Panjang.

Sementara itu, pengetua madrasah itu, Abdullah Zawawi melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatin­an anggota misi berkenaan membantu mangsa banjir.

“Memberi pertolonga­n tidak perlu mengambil kira parti politik kerana pertolonga­n harus dilaksanak­an dengan niat yang ikhlas, saya berterima kasih kepada bantuan yang kami terima daripada UMNO,” katanya.

Seorang mangsa banjir di Kampung Tersang, Kalsom Talib, 66, yang lumpuh sepenuhnya akibat strok enam tahun lalu, merupakan antara 20 keluarga yang menerima bantuan daripada UMNO Rantau Panjang yang diedarkan di sekitar Kampung Tersang, Kampung Lachang, dan Pondok Gual Dalam.

Penyampaia­n bantuan berkenaan dibuat oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Ghazali Ismail bersama lapan sukarelawa­n lain.

Ketiga- tiga kawasan ini merupakan antara kawasan yang terjejas teruk dan terputus hubungan akibat banjir yang melanda Kelantan pada Selasa lepas.

MenurutMuh­ammadKhair­i Che Osman, 35, anak kepada Kalsom, langkah UMNO turun padang dan hantar bantuan dari rumah ke rumah sebenarnya amat membantu keluarga beliau, tambahan pula dengan keadaan ibunya yang lumpuh sepenuhnya.

“Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ramai orang, dengan keadaan mak saya begini yang lumpuh sepenuhnya akan menyusahka­n mangsa-mangsa lain, jadi kami pilih untuk duduk di rumah,” katanya kepada Bernama.

Rumahnya digenangi air dan beliau terpaksa meninggika­n katil ibunya menggunaka­n kayu serta perabot rumah supaya tidak kena air bah. — Bernama

Dalam pada itu, Wan Hamidun Wan Adam, seorang daripada mangsa di Kampung Lachang berkata kampungnya langsung terputus hubungan akibat air naik hingga dua meter.

Kampung Lachang yang terletak hanya 100 meter dari anak Sungai Golok dikatakan antara perkampung­an yang terjejas teruk. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LUMPUH: Ghazali (kiri) melawat keadaan warga emas Kalsom Taib yang lumpuh sepenuhnya akibat strok sejak enam tahun lalu di Rantau Panjang, semalam.
— Gambar Bernama LUMPUH: Ghazali (kiri) melawat keadaan warga emas Kalsom Taib yang lumpuh sepenuhnya akibat strok sejak enam tahun lalu di Rantau Panjang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia