Utusan Borneo (Sarawak)

Niaga hadapan MSM dijangka turun naik

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n urus niaga yang tidak stabil pada minggu ini selepas ketiadaan faktor pendorong yang positif, kata seorang peniaga.

Peniaga kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata, harga mungkin akan bergerak antara RM2,510 dan RM2,530 setan pada minggu tersebut disebabkan inventori MSM yang agak tinggi.

“Pasaran mungkin akan bergerak seperti permainan yo-yo dan para peniaga telah membuat spekulasi mengenai penurunan harga dalam tempoh terdekat ini,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, harga MSM adalah lebih rendah, sebahagian besarnya dipengaruh­i oleh kekurangan minat pembelian, ditambah pula dengan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS.

Dari Khamis ke Jumaat, Disember 2017 menurun sebanyak RM50 kepada RM2,495 setan, September 2018 jatuh sebanyak RM34 kepada RM2,566 setan, Februari 2018 berkuranga­n sebanyak RM27 kepada RM2,603 setan dan Mac 2018 merosot RM21 kepada RM2,633 setan.

Jumlah dagangan mingguan telah menurun kepada 148,006 lot daripada 245,327 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentinga­n terbuka menokok kepada 279,712 kontrak daripada 271,080 kontrak.

Di pasaran fizikal, Selatan Disember turun RM40 kepada RM2,520 setan.

Pasaran ditutup pada hari Jumaat untuk cuti Maulidur Rasul. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia