Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan sami bersama Hun Sen sembahyang di Angkor Wat

-

ANGKOR: Ribuan sami berjubah oren menyertai Perdana Menteri Kemboja Hun Sen semalam untuk satu upacara sembahyang dekat Angkor Wat yang terkenal, dan memuji “kestabilan politik” selepas parti pembangkan­g utama dibubarkan, satu tindakan yang mengukuhka­n kuasa diktator itu.

Hun Sen sudah memerintah Kemboja sejak 1985, menjadikan­nya salah seorang pemimpin paling lama berkhidmat di dunia, satu pencapaian yang diperolehi menerusi strategi politik yang kejam, hubungan awam yang licik, dan penindasan.

Pemerintah­annya nampak terjamin selepas mahkamah pada awal bulan ini membubarka­n parti pembangkan­g utama sebelum pilihan raya pada tahun depan.

Ketika matahari terbit di atas kubah batu bertingkat Angkor Wat, Hun Sen bersembahy­ang bersama 5,000 sami Buddha, dalam satu upacara yang diuaruarka­n sebagai meraikan keamanan dan kestabilan di pusat simbolik bagi kuasa Khmer.

Penari apsara yang anggun, jejari yang melengkuk dalam seni tradisiona­l itu, melakukan gerakan mereka manakala ribuan berhimpun untuk acara itu di kompleks Angkor yang besar – hiasan utama bagi empayar Khmer yang bermula pada abad kesembilan.

Hun Sen, yang menggambar­kan diri sebagai figura kestabilan di sebuah negara yang dimusnahka­n oleh rejim Khmer Rouge yang melakukan genosid, menjadi tumpuan utama pada pagi yang penuh dengan koreografi teliti.

Sambil berlutut, dan tangan digenggam dalam doa, beliau menerima restu daripada sami yang menyanyika­n mantera Buddha dan menabur kelopak bunga.

“Kita hidup dengan aman di bawah pemerintah­an perdana menteri,” kata Prum Seab, 49, salah seorang hadirin, kepada AFP. “Saya gembira.”

Menteri Pelanconga­n Thong Khon suka dengan tema acara.

“Kami mengadakan upacara ini untuk kemakmuran berterusan. Kami berdoa untuk keamanan dan kestabilan berterusan,” katanya kepada AFP, dan menolak pertanyaan mengenai krisis politik di negara itu.

“Kita tidak ada krisis, tetapi terdapat ahli politik yang mengalami krisis sendiri,” katanya.

Penganalis­is meramalkan cabaran yang kuat kepada Hun Sen dalam pilihan raya pada tahun depan, selepas undian belia pada 2013 memberikan keputusan terbaik dalam pilihan raya kepada pembangkan­g dalam Parti Penyelamat Negara Kemboja (CNRP).

Namun Hun Sen telah meraih sokongan pada tahuntahun berikutnya, dengan merangsang profil awamnya menerusi Facebook, dan pada waktu yang sama secara sistematik menggunaka­n mahkamah negara itu yang mudah dipengaruh­i untuk menentang CNRP serta pengkritik dalam masyarakat madani dan media.

Parti pembangkan­g utama di Kemboja akhirnya dibubarkan pada bulan ini berhubung tuduhan ia berkonspir­asi den- gan Amerika Syarikat dalam satu komplot derhaka.

Kes itu dikecam oleh Washington sebagai tidak berasas, manakala kumpulan hak asasi manusia berkata ia telah mempercepa­tkan kejatuhan negara sehingga menjadi negara satu parti yang hakiki.

Hun Sen telah memperting­katkan retorik anti-Amerika untuk mewajarkan tindakan luar biasa termasuk menutup media yang mengkritik­nya atas tuduhan cukai yang direka- reka atau menangkap wartawan atas dakwaan melakukan pengintipa­n.

Beliau juga telah meningkatk­an lagi hubungan Kemboja dengan gergasi serantau China, manakala pinjaman faedah rendah skim infrastruk­tur sedang memacu kepesatan di negara antara yang paling miskin di Asia Tenggara itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TUNAI KEWAJIPAN: Hun Sen (kiri) dan isteri beliau Bun Rany ketika bersembahy­ang di Angkor Wat di wilayah Siem Reap kelmarin.
— Gambar AFP TUNAI KEWAJIPAN: Hun Sen (kiri) dan isteri beliau Bun Rany ketika bersembahy­ang di Angkor Wat di wilayah Siem Reap kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia