Utusan Borneo (Sarawak)

Sukarelawa­n asas penglibata­n aktiviti kemasyarak­atan

-

KOTA KINABALU: Program-program sukarelawa­n menjadi asas kepada pelajar Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN) Kinarut untuk melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarak­atan yang lebih banyak pada masa hadapan.

Hardiansah Biran, 35, menjelaska­n program kemasyarak­atan adalah satu pendedahan penting kepada pelajar IKBN Kinarut untuk terlibat dalam aktiviti sukarelawa­n.

“Sebagi ketua yang mengetuai pasukan sukarelawa­n kali ini, program yang diadakan ini dilaksanak­an sepanjang tahun.

“Kita sentiasa membantu dalam membaik pulih balai raya, jambatan, gereja dan pelbagai lagi khususnya di kawasan perkampung­an sekitar bandar raya ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Penutupan Program Kesukarela­wan IKBNS Zon Sabah, Touch Point Di bawah Cabinet Away Day (CAD siri ke2/2017), di sini pada Sabtu.

Suhaimi Amir, 21, yang berasal dari Tawau turut gembira menyertai aktiviti sukarelawa­n itu kerana mampu membantu masyarakat yang memerlukan.

“Ini adalah kali ketiga saya menyertai aktiviti seumpamany­a, saya turut menyertai aktiviti yang sama di Tawau,” katanya.

Shaik Kendar, 20, berkata, aktiviti itu memberikan pengajaran penting dalam hidupnya khususnya sikap tolong-menolong dan kerjasama.

“Semangat ini penting kepada kita dan sangat berguna di masa hadapan. Sukarelawa­n adalah satu aktiviti yang sangat memberikan manfaat kepada golongan belia,” katanya.

Mohd Noor Ihsan, 19, berkata sukarelawa­n adalah aktiviti sihat untuk mengisi masa lapang yang ada.

“Ini adalah berfaedah sekali agar kita tidak membuat sesuatu yang tidak baik pada masa lapang.

“Saya juga ingin menjemput rakan-rakan saya untuk melakukan aktiviti sukarelawa­n kerana ia boleh membantu penduduk-penduduk kampung,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia