ZON UTARA SASAR 31 PINGAT EMAS • MUKA 20
Idam juara keseluruhan SukSar 2017 yang berlangsung di Kuching pada 14-17 Dis ini
MIRI: Pasukan Zon Utara membabitkan Limbang, Miri dan Bintulu menyasarkan sejumlah 31 emas sekali gus mengimpikan juara keseluruhan temasya Sukan Sarawak (SukSar) 2017 bakal berlangsung di Kuching dari 14 hingga 17 Disember ini.
Ketua Kontinjen Zon Utara, Wilson Thong berkata Zon Utara menghantar seramai 325 orang atlet termasuk pegawai dan pengurus pasukan pada temasya SukSar 2017 ini.
“Atlet- atlet kita akan mengambil bahagian dalam semua 14 acara termasuk tiga daripada empat acara para dengan menyasarkan keseluruhan 31 pingat emas,” katanya pada Majlis ‘FlagOff’ Atlet Utara ‘Spirit Of The North’ th di Stadium Tertutup up Miri semalam. m.
W i l s o n b e r k a - ta, meskipun n bukan n mudah h u n t u k mencapai sas- aran i t tu u namun beliau yakin atlet- atlet Zon n Utara mampu melakukan kejutan dalam m i s i meraih emas. “Dengan gga sem a n g a t perjuangan perj yang tinggg tinggi diharapkan k semua atlet tl dapat menggunakan gelanggang ini untuk menunjukkan kemampuan sebenar mereka,” katanya.
Sementara itu, majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian, Datuk Lee Kim Shin.
Dalam ucapannya, Lee melahirkan keyakinan misi penting untuk membawa pulang 31 pingat emas pada Suksar 2017 ini mencapai matlamatnya.
Kali terakhir SukSar diadakan adalah pada 1990 dan diadakan kembali tahun ini bagi mengasah dan mengenengahkan bakat- bakat sukan anak- anak tempatan.
“SukSar ini adalah gelanggang untuk mereka tunjuk bakat- bakat sekali gus menjadi pentas untuk atlet- atlet ke kejohanan lebih besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018,” jelasnya.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu mahu semua atlet Zon Utara berjuang habis-habisan membolot kilauan pingat emas yang ditawarkan.
“Mereka yang cemerlang pada SukSar 2017 ini berpeluang cerah mewakili Sarawak pada SUKMA Perak 2018. Sehubungan itu, hanya atlet- atlet terbaik sahaja akan dipilih,” jelasnya.
Hadir sama ADUN Piasau Sebastian Ting, Residen Bahagian Limbang Maria Hasnan, Timbalan Residen Bahagian Miri, Nyurak Keti dan Pegawai Daerah Miri, Abdul Aziz Yusuf.
Atlet-atlet kita akan mengambil bahagian dalam semua 14 acara termasuk tiga daripada empat acara para dengan menyasarkan keseluruhan 31 pingat emas. Wilson Thong Ketua Kontinjen Zon Utara