Utusan Borneo (Sarawak)

Warga emas maut dalam nahas dua motosikal

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kaki meninggal dunia di Hospital Sarikei

- Oleh Kepu Sidi

PUSA: Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang­inya bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggang­i seorang lelaki berusia 29 tahun.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Sulong Bujang, 71.

“Kemalangan berlaku di Jalan Ferry-Pusa sekitar jam 12.30 tengah hari semalam (kelmarin).

“Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Pekan Pusa, manakala seorang lagi penunggang motosikal lelaki sedang dalam perjalanan dari Pekan Pusa,” katanya dalam kenyataan kepada media,

Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke Pekan Pusa, manakala seorang lagi penunggang motosikal lelaki sedang dalam perjalanan dari Pekan Pusa. DSP Bingkok John Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak

semalam.

Tambah Bingkok, mangsa yang cedera parah dalam pertembung­an itu dibawa ke Hospital Sarikei untuk mendapatka­n rawatan selanjutny­a.

“Namun demikian, pada jam 11.30 malam (kelmarin), mangsa yang mengalami kecederaan serius di bahagian kaki telah disahkan meninggal dunia di Hospital Sarikei.

“Sementara itu, penung- gang berusia 29 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987, katanya.

 ??  ?? KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa dalam kemalangan di Jalan Ferry- Pusa kelmarin.
KEMALANGAN: Keadaan motosikal mangsa dalam kemalangan di Jalan Ferry- Pusa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia