Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda perlu lengkap diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n

-

SRI AMAN: Generasi muda digesa memperleng­kap diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n serta kemahiran bagi membolehka­n mereka bersaing menghadapi kehidupan lebih mencabar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata setiap individu termasuk generasi muda harus mengambil peluang menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu pengetahua­n.

“Cabaran Wawasan 2020 hanya tinggal dua tahun untuk mencapai taraf negara maju.

“Kita perlu memiliki tenaga kerja mahir sebagai penggerak dan pencetus kemajuan negara.

“Justeru, generasi muda perlu dilengkapi dengan segala aspek pengetahua­n dan kemahiran agar mereka dapat meneruskan kelangsung­an hidup,” katanya pada Kursus Asas Seni Sepanjang Tahun di Kompleks Sukan Sri Aman semalam.

Menurutnya, ilmu pengetahua­n dan kemahiran ICT perlu dikuasai setiap individu termasuk generasi muda.

Dalam pada itu, beliau mengingatk­an generasi muda agar tidak melibatkan diri dengan pelbagai masalah sosial kerana ia hanya membuang masa dan menghancur­kan masa depan mereka.

“Gunakan sebaik-baik masa untuk mempelajar­i pelbagai ilmu pengetahua­n dan kemahiran bagi memajukan diri daripada melakukan perbuatan menghancur­kan masa depan,” katanya.

Hadir sama Pegawai Kementeria­n Pembanguna­n Sosial Bahagian Sri Aman Sain Kerani, Ketua Kampung Abang Morshidi serta yang lain.

Seramai 40 belia di sini menyertai kursus tiga hari itu.

 ??  ?? TAMAT KURSUS: Simoi (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus.
TAMAT KURSUS: Simoi (tengah) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia