Utusan Borneo (Sarawak)

Rohani lawat dua pelanggan JKM di Sebuyau

-

SEBUYAU: Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim meluangkan masa melawat dua pelanggan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Sebuyau semalam.

Dua pelanggan JKM sempat dilawati beliau ialah Liap Bujang, 71, dari Kampung Baru Sebuyau.

Liap tinggal bersama isteri dan anaknya, tidak mampu bekerja lagi disebabkan faktor usia.

Beliau turut mengalamai masalah lemah kaki dan tidak mampu berjalan dan hanya mengharapk­an bantuan isteri dan anaknya untuk bergerak.

Liap tidak pernah mendapatka­n rawatan di manamana klinik kesihatan sejak mengalami masalah lemah anggota badan.

Beliau hanya mengharap Bantuan Orang Tua (BOT) RM300 sebulan untuk menampung keperluan harian dan isteri.

Anak-anaknya tidak mempunyai pendapatan tetap dan memiliki tanggungan ramai.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batang Lupar itu turut melawat seorang lagi pelanggan JKM iaitu Tarina Bujang, 75, yang menetap di Kampung Hulu, Sebuyau.

Pelanggan JKM itu tinggal seorang diri dan mempunyai seorang anak angkat lelaki sudah berkeluarg­a dan tinggal di Kuching.

Beliau hanya bergantung sepenuhnya kepada BOT se- banyak RM300 sebulan untuk perbelanja­an harian.

Hadir sama Ketua Setiausaha KMWKM Datuk Suraini Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Lembaga Pembanguna­n Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukor Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (Strategik) Mohd Fazari Mohd Salleh, Pengarah Institut Sosial Malaysia Dr Al Azmi Bakar serta pegawaipeg­awai KPWKM.

 ??  ?? PRIHATIN: Rohani (tengah) bersama pegawai-pegawai kanan KPWKM melawat Liap semalam.
PRIHATIN: Rohani (tengah) bersama pegawai-pegawai kanan KPWKM melawat Liap semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia