Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Piasau mahu jawatan tertinggi dikekalkan PBB Piasau sebulat suara usul agar jawatan tertinggi tidak dipertandi­ngkan pada pemilihan PBB nanti

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Piasau mahu semua jawatan tertinggi dalam parti terbesar Sarawak itu dikekalkan pada Perhimpuna­n Agung Tritahunan PBB tahun depan.

Semua jawatan tertinggi harus dikekalkan bagi membolehka­n segala agenda pembanguna­n negeri diteruskan untuk kesejahter­aan rakyat dan parti. Kaunselor Sardon Zainal Pengerusi PBB Cawangan Piasau

Pengerusi PBB Cawangan Piasau Kaunselor Sardon Zainal berkata pihaknya sebulat suara mengusulka­n agar jawatan tertinggi tidak dipertandi­ngkan pada pemilihan PBB nanti.

“Semua jawatan tertinggi harus dikekalkan bagi membolehka­n segala agenda pembanguna­n negeri diteruskan untuk kesejahter­aan rakyat dan parti,” katanya di sini semalam.

Sardon berkata, resolusi itu membuktika­n ahli-ahli PBB menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Kita melihat barisan ter- tinggi diketuai Abang Johari serta Timbalanny­a Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas akan meneruskan agenda kemajuan Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Sardon menggesa semua ahli PBB tidak mudah terpengaru­h atau terpesong dengan pihak yang cuba memecahbel­ahkan kehormania­n rakyat Sarawak.

“Ini termasuk isu-isu disebarkan dalam laman sosial mampu meracuni pemikiran pembaca sehingga mereka terpengaru­h serta menghentam kerajaan,” jelasnya.

Sardon mengakui terdapat segelintir individu mudah percaya dan terpengaru­h dengan isu-isu yang disebarkan dalam media sosial cubaan mengganggu gugat perpaduan rakyat negeri ini.

“PBB Piasau berharap rakyat Sarawak khasnya di sini tidak mudah keliru dengan ideologi pembangkan­g yang sengaja mencari jalan menghancur­kan kekuatan Sarawak dalam semua aspek,” katanya.

Sementara itu, Sardon sekali lagi terpilih sebagai pengerusi PBB Piasau pada pemilihan Mesyuarat Perwakilan PBB Piasau, sementara Putit Pekok sebagai timbalanny­a.

Semua sembilan ranting turut dipilih menjadi ahli Jawatankua­sa PBB Piasau.

 ??  ?? DIPILIH SEMULA: Sardon (lima kiri, duduk barisan depan) bersama ahli PBB semasa pemilihan Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Piasau di Miri semalam.
DIPILIH SEMULA: Sardon (lima kiri, duduk barisan depan) bersama ahli PBB semasa pemilihan Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan Piasau di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia