Utusan Borneo (Sarawak)

Sidang kemuncak luar biasa OIC bermula dengan mesyuarat SOM

-

ISTANBUL: Sidang Kemuncak Luar Biasa Islam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sini, susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) pada 6 Disember untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, bermula pada Selasa dengan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM).

Delegasi Malaysia ke persidanga­n yang berlangsun­g di Lutfi Kirdar Congress Centre di sini diketuai Timbalan Ketua Setiausaha (Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementeria­n Luar Datuk Ho May Yong.

SOM itu akan diikuti Mesyuarat Majlis MenteriMen­teri Luar pada Rabu sebelum mereka meneruskan dengan sidang kemuncak utama pada hari sama, yang akan dirasmikan oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, selaku pengerusi Sidang Ke- muncak Islam dan Sidang Luar Biasa Persidanga­n Islam itu.

Setiausaha Agung OIC Dr Yousef Ahmad Al-Othaimeen dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan menyampaik­an ucapan.

Selepas itu, ketua delegasi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengeluark­an kenyataan mereka.

Pada akhir persidanga­n, sidang kemuncak itu akan menerima pakai Draf Akhir Kenyataan Sidang Kemuncak Islam Luar Biasa itu dan kemudianny­a Deklarasi Istanbul sebagai sebahagian daripada usaha untuk melindungi Baitulmuqa­ddis.

Sidang Kemuncak Luar Biasa itu diadakan berikutan permintaan Erdogan, atas sifat beliau sebagai pengerusi Sidang Kemuncak Islam Ke13, untuk membincang­kan akibat daripada pengiktira­fan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel oleh AS.

Sidang Kemuncak itu akan meneliti perkembang­an dan membincang­kan implikasi ekoran pengumuman oleh pentadbira­n AS untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel dan memindahka­n kedutaanny­a dari Tel Aviv ke Baitulmuqa­ddis.

Penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak itu merupakan penegasan komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi negara ini kepada penduduk Palestin dalam perjuangan untuk mendapatka­n hak mereka yang sah dan tidak terpisah bagi sebuah Negara Palestin merdeka, berdasarka­n sempadan pra 1967, dengan Baitulmuqd­adis Timur sebagai ibu negaranya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia