Utusan Borneo (Sarawak)

Protes jalanan: Mahkamah Tinggi tangguh keputusan bela diri tiga aktivis

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menangguhk­an keputusan Mahkamah Majistret yang memerintah­kan tiga aktivis termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membela diri terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu berikutan terdapat isu perlembaga­an dalam kes dihadapi ADUN Teja Chang Lih Kang, 37, ADUN Semambu Lee Chean Chung, 36, dan pegawai khas kepada Ahli Parlimen Batu Rozan Azen Mat Rasip, 40.

Ini berikutan kes aktivis Adam Adli Abdul Halim yang membabitka­n pertuduhan dan isu sama kini dalam proses rayuan di Mahkamah Persekutua­n, katanya.

“Oleh itu mahkamah memutuskan kes membabitka­n ketiga-tiga individu itu ditangguhk­an sehingga selesai rayuan kes Adam Adli di peringkat Mahkamah Persekutua­n,” katanya.

Pihak pendakwaan mengemukak­an rayuan di Mahkamah Persekutua­n terhadap keputusan Mahkamah Majistret pada 28 November lepas yang melepas dan membebaska­n Adam Adli daripada pertuduhan itu.

Pada 9 Ogos lepas, Mahkamah Majistret memerintah­kan Chang, Lee dan Rozan Azen membela diri terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bermula di depan pusat beli-belah Sogo dan berakhir di kawasan air pancut persimpang­an Jalan Tun Perak di sini antara jam 4.30 petang dan 5.05 petang pada 21 Mac 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Hakim Azman kemudianny­a menetapkan 13 Mac tahun depan untuk pengurusan kes. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek manakala peguam Eric Paulsen mewakili ketiga-tiga individu itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia