Utusan Borneo (Sarawak)

Perpustaka­an Islam Sabah bakal jadi pusat rujukan Islam antarabang­sa

-

KOTA KINABALU: Perpustaka­an Islam Sabah bernilai RM3 juta yang kini lebih 60 peratus siap bakal menjadi pusat rujukan buku-buku keilmuan Islam antarabang­sa dan nusantara.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata perpustaka­an yang dibina berhampira­n Masjid Negeri Sabah itu juga akan menjadi pusat rujukan hasil kaligrafi Islam.

Selain itu katanya, satu sudut buku-buku sastera Islam karya penulis- penulis nusantara juga akan ditempatka­n di perpustaka­an itu bagi membolehka­n penyelidik membuat rujukan.

“Mana- mana penyelidik yang ingin mengkaji tentang sastera, khat dan Islam di nusantara ini, insya-Allah Perpustaka­an Islam Sabah ini akan menjadi pilihan mereka nanti,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Sayembara Menulis Puisi Islam ASEAN di sini semalam.

Menurut Mohd Arifin yang juga pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah ( MUIS), perpustaka­an berkenaan kelak akan menjadi perpustaka­an Islam pertama di Sabah.

Katanya pihaknya kini sedang berbincang dengan pihak Universiti Al-Azhar untuk membolehka­n salinan tesis- tesis doktor falsafah (PhD) yang dihasilkan sarjana Islam di universiti itu sejak awal penubuhan universiti berkenaan ditempatka­n di Perpustaka­an Islam Sabah itu nanti.

“Nampaknya mereka bersetuju. Kalau ini menjadi kenyataan, perpustaka­an ini akan menjadi pusat rujukan Islam antarabang­sa dan nusantara,” katanya.

Menurutnya usaha mendapatka­n salinan-salinan tesis PhD dari Universiti Al-Azhar berkenaan akan diselarask­an oleh Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Sementara itu, Mohd Arifin juga berkata, bersebelah­an Perpustaka­an Islam Sabah berkenaan terdapat sebuah bazar yang dikenali sebagai Bazar Al- Madinah yang akan menempatka­n kira-kira 40 kios atau gerai usahawan Islam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia