Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14: Penduduk Parlimen Mukah inginkan muka baharu

-

MUKAH: Penduduk Mukah ternyata mengingink­an muka baharu pada pemilihan calon wakil rakyat di konstitusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Penganalis­is Politik dan Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Jeniri Amir berkata sudah tiba masanya muka baharu dicalonkan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Mukah pada PRU14.

“Penduduk Mukah mahu wakil rakyat baharu lebih dinamik, sentiasa turun padang dan dapat menyuaraka­n keperluan masyarakat serta berbahas dan mengemukak­an pandangan bernas di dewan rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, merujuk kepada penyandang Parlimen Mukah sekarang beliau telah berkhidmat cukup lama iaitu sekitar 35 tahun.

Katanya, sama ada calon terdiri daripada Islam atau bukan Islam ia mestilah anak tempatan, lahir dan pandai bertutur dalam bahasa Melanau.

“Sehingga kini terdapat sekurang- kurangnya 10 calon berpotensi telah diuaruarka­n.

“Calon harus punya kelayakan tinggi, memahami aspirasi rakyat, mampu membawa pembanguna­n serta mengambil kira kepentinga­n kaum lain di Mukah,” jelasnya.

Mengikut Jabatan Perangkaan dan Statistik Ne- geri Sarawak 2010, Mukah mempunyai pecahan etnik didiami majoriti Melanau iaitu 18,241 diikuti Cina (3,655), etnik Bumiputera lain (1,418), India 52 dan lain-lain 99 orang.

Mengulas lebih lanjut, beliau turut memberitah­u bahawa calon bakal terpilih adalah berdasarka­n kesemua calon berpotensi berkenaan.

“Hakikatnya tidak susah mencari calon berkelayak­an dan berkelulus­an tinggi tetapi sesiapa pun terpilih harus akur dengan keputusan itu,” tambah beliau.

Katanya calon terpilih dan diperkenan­kan oleh pucuk pimpinan parti turut memperoleh­i kemenangan dengan majoriti besar seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Menurutnya, Mukah dan kawasan Melanau khasnya adalah kubu kuat BN-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Rakyat percaya PBB adalah parti masa depan yang berupaya melaksanak­an aspirasi dan pembanguna­n dihasratka­n, lebih-lebih lagi di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg yang mempunyai banyak idea bernas untuk Sarawak,” jelas beliau.

 ??  ?? MUKA BAHARU: Jeniri ketika ditemu bual semalam di Mukah berkata sudah tiba masanya muka baharu dicalonkan untuk mewakili BN di Parlimen Mukah pada PRU14.
MUKA BAHARU: Jeniri ketika ditemu bual semalam di Mukah berkata sudah tiba masanya muka baharu dicalonkan untuk mewakili BN di Parlimen Mukah pada PRU14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia