Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Rancangan Sibu 1 agih kanopi, meja dan kerusi kepada 102 rumah panjang

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Pasukan Rancangan Sibu 1 (RS1) mula mengagihka­n kanopi, meja lipat dan kerusi plastik kepada 102 rumah panjang dan kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.

Ketua RS1 Datuk Andrew Wong berkata sejumlah 167 kanopi, 296 meja lipat dan 3,000 kerusi plastik diagihkan secara berperingk­at-peringkat dalam dua fasa.

“Projek ini adalah salah satu program di bawah RS1 dengan kos sejumlah RM0.5 juta,” katanya pada Program Bersama Komuniti @Rantau Panjai di Dewan Rumah Franky Bawok, malam Ahad lalu.

Menurut Andrew, rumah panjang di Rantau Panjang menjadi penerima pertama kanopi diikuti rumah-rumah panjang lain.

“Untuk fasa pertama, kami akan mengagihka­n 81 kanopi dan selebihnya pada fasa kedua pada Mac tahun depan.

“Pada masa sama, kami juga mengagihka­n 296 meja lipat dan kira-kira 3,000 kerusi plastik,” jelas pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu itu.

Difahamkan, semua kanopi, meja lipat dan kerusi plastik tersebut ditempah dari Kuala Lumpur dan mempunyai kualiti baik.

Calon berpotensi UPP bagi Parlimen Sibu itu memberitah­u, pemberian kanopi, meja dan kerusi itu bukan disebabkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kami memberi semua ini bukan kerana pilihan raya sudah tiba atau untuk meraih sokongan daripada semua.

“Sebaliknya, pemberian ini adalah atas tanggungja­wab

Projek ini adalah salah satu program di bawah RS1 dengan kos sejumlah RM0.5 juta. Datuk Andrew Wong Ketua RS1

kerajaan semasa iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Tuai Rumah Franky merakamkan penghargaa­n kepada Andrew atas sumbangan kanopi tersebut.

Menurutnya, ini menunjukka­n kesungguha­n Andrew membantu penduduk walaupun bukan seorang wakil rakyat.

“Belum lagi menjadi wakil rakyat, beliau memberi pro- jek kepada penduduk.

“Jangan seperti sesetengah pihak berjanji memberi projek pembanguna­n hanya selepas menjadi wakil rakyat,” katanya.

Hadir sama Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Evelyn Holly Sebom, Timbalan Pengerusi LPK UPP Sibu Andrew Shilling, calon berpotensi UPP Parlimen Lanang Andrew Ting serta yang lain.

 ??  ?? SUMBANGAN: Andrew (10 kanan) bersama Ting (11 kanan) menyampaik­an kanopi kepada Tuai Rumah Franky (sembilan kanan) sambil diperhatik­an yang lain.
SUMBANGAN: Andrew (10 kanan) bersama Ting (11 kanan) menyampaik­an kanopi kepada Tuai Rumah Franky (sembilan kanan) sambil diperhatik­an yang lain.
 ??  ?? HARGAI MEDIA: Alexius (duduk dua kiri) dan Mariam (duduk kanan) bersama para wartawan daripada pelbagai organisasi media.
HARGAI MEDIA: Alexius (duduk dua kiri) dan Mariam (duduk kanan) bersama para wartawan daripada pelbagai organisasi media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia