Utusan Borneo (Sarawak)

Sebuah dewan baharu akan dibina di Rantau Panjang

-

SIBU: Sebuah dewan baharu akan dibina di Rantau Panjang, Batang Igan dengan kos lebih kurang RM300,000.

Projek itu dilaksanak­an pada tahun depan (2018) atas usaha Menteri Kewangan kedua merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan Dato Sri Wong Soon Koh.

Setiausaha Politik Wong, Andrew Shilling berkata dewan baharu itu dibina di kawasan lapang di tengah-tengah kawasan penempatan Rantau Panjang di sini.

“Wong telah meluluskan pembinaan dewan baharu untuk penduduk di Rantau Panjang ini.

“Dewan ini akan dibina tahun depan dengan kos lebih kurang RM300,000,” katanya pada Program Bersama Komuniti@Rantau Panjang Kakitangan di Dewan Rumah Franky Bawok, malam Ahad lalu.

Pada majlis sama, Andrew berharap penduduk Rantau Panjang memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Katanya ini kerana pada PRU 2013 peratusan undi calon BN di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang ialah 88 peratus.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016, sokongan kepada calon BN turun tujuh peratus kepada 81 peratus.

“Diharap pada PRU14 nanti semua pengundi di Rantau Panjang memberi kerjasama penuh dengan meningkatk­an sokongan kepada calon BN,” jelasnya.

Beliau memberitah­u, hanya wakil rakyat BN dapat mem- bawa pembanguna­n kepada rakyat khususnya di rumah panjang.

Oleh itu, rakyat di rumah panjang harus menyokong wakil rakyat BN tanpa melihat lambang parti.

“Kita juga jangan bergaduh kerana politik sebaliknya berjuang membawa lebih banyak pembanguna­n ke kawasan masing-masing,” katanya.

Program itu dirasmikan Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti Parti Rakyat Bersatu (UPP) Sibu merangkap calon berpotensi UPP bagi Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong.

Hadir sama Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu Evelyn Holly, calon berpotensi UPP bagi kerusi Parlimen Lanang Andrew Ting serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia