Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis kembang liputan talian 4G ke beberapa lokasi di Sarawak

-

KUCHING: Maxis terus mengembang­kan liputan talian 4G ke beberapa lagi lokasi di Sarawak.

Pelanggann­ya di Siburan, Bau, Lundu, Sematan, Bintangor, Kanowit, Julau, Samalaju, Tatau, Limbang, Lawas, Mukah, Kapit, Saratok, Betong dan Sarikei kini dapat menikmati Internet berkelajua­n tinggi.

“Ini bermakna lebih ramai penduduk Sarawak menikmati perkhidmat­an data terbaik menerusi jaringan Maxis No. 1 4G LTE yang kini menjangkau 89 peratus penduduk,” kata Maxis menerusi kenyataan media.

Penggunaan data dalam kalangan pengguna turut men- ingkat.

Pelanggan Maxis di Sabah dan Sarawak menggunaka­n 12GB data sebulan, lebih tinggi berbanding purata pelanggan Maxis iaitu 7.5GB sebulan.

Mengenai produk, Maxis baru-baru ini menaik taraf pelanggan pelan MaxisONE dengan 10GB data perkongsia­n yang dapat digunakan setiap hari - lebih banyak data dapat dikongsika­n.

MaxisONE Home Fibre juga dilancarka­n pada awal tahun ini di Sabah dan Sarawak yang menawarkan Internet di rumah berkelajua­n tinggi sehingga 100Mbps, data tanpa had, panggilan dan pengaturan WiFi profesiona­l.

Untuk prabayar, Hotlink FAST diperkenal­kan di Sabah dan Sarawak pada Jun tahun ini, menawarkan 8GB percuma Internet 4G setiap hujung minggu setiap bulan, 1,000 minit panggilan percuma kepada Friendz dan percuma 30GB menerusi Hotlink Happy Hour.

Pelanggan Hotlink juga boleh menikmati 999GB percuma untuk melayari Facebook setiap hari.

Eksklusif bagi pelanggan di Sabah dan Sarawak, Hotlink baru-baru ini bekerjasam­a dengan Grab dalam melancarka­n promosi Hotlink FAST Track GrabReward­s.

Untuk tempoh 11 hingga 24 Disember, semua pelanggan Hotlink boleh menikmati empat kali mata GrabReward­s bagi setiap pemanduan di Sabah dan Sarawak apabila menggunaka­n kod promosi unik untuk pemanduan Grab seterusnya.

Pelanggan Hotlink boleh mendapatka­n kod promosi di www. hotlink. com. my/ grabreward­s manakala pelanggan Maxis boleh berbuat demikian menerusi MyMaxis App.

Semalam, Ketua Maxis Wilayah Sarawak Alexius Bong bersama Ketua Hal Ehwal Korporat Maxis Mariam Bevi Batcha mengadakan majlis makan tengah hari sebagai menghargai jasa media dalam membangunk­an produk syarikat telekomuni­kasi itu, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia