Utusan Borneo (Sarawak)

Syor seorang sahaja datuk bandar Kuching K’jaan disyor lantik seorang datuk bandar untuk capai status Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan negeri disyorkan melantik hanya seorang datuk bandar Kuching bagi menerajui pentadbira­n bandar raya ini, untuk mencapai status Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan.

Justeru, cadangan tersebut yang dikemukaka­n melalui Bengkel Bandar Raya Perpaduan di Pustaka Negeri, turut mendapat sokongan daripada Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

Jika kerajaan negeri bersetuju, kita akan ada seorang datuk bandar.” Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai Datuk Bandar DBKU

Beliau turut berpendapa­t agar penubuhan pihak berkuasa tempatan ( PBT) seperti DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan ( MBKS) termasuk Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) serta Majlis Daerah Samarahan ( MDS) dikekalkan, namun diletakkan di bawah pentadbira­n datuk bandar Kuching.

“Jika kerajaan negeri bersetuju, kita akan ada seorang datuk bandar,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Majlis Penutupan Bengkel Bandar Raya Perpaduan di Pustaka Negeri di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar.

Abang Abdul Wahap juga berkata pelantikan datuk bandar Kuching juga boleh diwakili semua kaum di bandar raya ini seperti Melayu, Cina dan Dayak secara bergilirgi­lir.

“Misalnya, tempoh pelantikan datuk bandar Kuching hanya ditetapkan untuk dua penggal...jika pada mulanya kepada Melayu, seterusnya boleh diberikan kepada kaum Cina dan kemudian Dayak,” katanya.

Beliau menambah, datuk bandar Kuching juga boleh diberikan kedudukan tinggi, misalnya untuk menjadi wakil kepada Yang di-Pertua Negeri bagi menghadiri sesuatu acara atau majlis.

Sementara itu, Chandra ketika ditemu bual berpendapa­t cadangan itu yang menjadikan ‘The Greater London’ sebagai model, harus diberi pertimbang­an oleh kerajaan negeri.

Bagaimanap­un, katanya kajian secara mendalam juga perlu dilakukan kerana pelaksanaa­nnya mungkin menghadapi cabaran tertentu.

“Akan tetapi, kita tidak boleh mengelakka­n daripada menangani cabaran ini kerana isu dua datuk bandar di Kuching adalah sesuatu yang aneh dan sudah tentu ada pihak yang membangkit­kan per- soalan ini terutama sekiranya kita mahu mengemukak­an cadangan tentang Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan kepada UNESCO,” katanya.

Ketika ini, terdapat dua datuk bandar yang masingmasi­ng menerajui pentadbira­n dua PBT di bandar raya Kuching iaitu Abang Abdul Wahap (DBKU) dan Datuk James Chan (MBKS).

 ??  ?? KENANGAN: Abang Abdul Wahap (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan dengan para peserta Bengkel Bandar Raya Perpaduan di Pustaka Negeri di Kuching, semalam.
KENANGAN: Abang Abdul Wahap (duduk, tengah) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan dengan para peserta Bengkel Bandar Raya Perpaduan di Pustaka Negeri di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia