Utusan Borneo (Sarawak)

Isu Baitulmuqa­ddis: Malaysia dan negara Islam lain diharap capai resolusi proaktif

-

KUALA TERENGGANU: PAS berharap Malaysia dan negara Islam yang lain dapat mencapai resolusi yang proaktif semasa sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berlangsun­g di Turki, hari ini.

Presidenny­a Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau berharap resolusi yang dicapai itu nanti tidak sekadar resolusi protes tetapi mestilah satu tindakan yang berkesan dalam membincang­kan kesan pengiktira­fan Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat (Amerika).

“Yahudi bukan kuat tetapi mereka mempengaru­hi politik negara barat khususnya Amerika. Mana-mana Presiden Amerika yang nak menang pilihan raya mesti menyokong Israel tetapi presiden terdahulu lebih bersikap orang politik dan tahu tentang (impak pengumuman itu) kerana dunia Islam ada pengaruhny­a.

“Walaupun mereka buat janji nak bagi tapi mereka tak tunaikan, tangguh-tangguh. Tetapi Presiden Amerika ( sekarang), Donald Trump ini orang perniagaan, ( dia) politik secara berniaga bukan politik betul maka dia bertindak drastik.

“Kita difahamkan beliau mendapat tentangan bukan sahaja daripada negara Islam, malah termasuk dari negara barat termasuk orang Amerika sendiri. Hari ini dah ada kajian daripada pengamal undang-undang untuk mengkaji bagaimana Trump boleh dipecat sebagai presiden sebagaiman­a presiden dulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sidang Kemuncak Luar Biasa yang berlangsun­g di Lutfi Kirdar Congress Centre di Turki.

Sidang Kemuncak itu akan dirasmikan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan selaku pengerusi Sidang Kemuncak Islam dan Sesi Luar Biasa Persidanga­n Islam.

Ditanya mengenai harapan PAS berhubung kehadiran Perdana Menteri itu, Abdul Hadi berkata beliau memang berharap pemimpin nombor satu negara itu akan menyampaik­an mesej serta pendirian tegas Malaysia.

Beliau turut memuji kenyataan tegas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein bahawa Malaysia bersedia melaksanak­an keputusan walaupun melibatkan ketenteraa­n Malaysia bagi menyelesai­kan isu Baitulmuqa­ddis. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia