Utusan Borneo (Sarawak)

GSR perlu dijadikan amalan, pegangan berkaitan pengurusan alam sekitar

-

KUCHING: Pelaksanaa­n Peraturan Kendiri Terpimpin (GSR) merupakan penerapan budaya yang perlu dijadikan amalan dan pegangan komuniti berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Dr Ahmad Kamarulnaj­uib Che Ibrahim berkata pembudayaa­n GSR disifatkan sebagai nilai tambah kepada pendekatan Command & Control (C&C) yang diamalkan JAS selama ini.

“GSR menyokong C&C dan seterusnya menanam sikap pemilikan alam sekitar ke arah mencapai kecemerlan­gan dalam pengurusan alam sekitar kepada undang-undang.

“Pematuhan kepada peruntukan undang-undang alam sekitar merupakan cabaran yang besar dan perlu diberi penekanan bagi memastikan insiden pencemaran dapat dibendung dari peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar GSR JAS di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam yang turut dihadiri Pengarah JAS Sarawak Mohd Hidzir Bakar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan JAS Sarawak Amirul Aripin.

Menurutnya, konteks pengurusan alam sekitar melalui hirarki pencegahan pencemaran dari peringkat awal merupakan kaedah kawalan terbaik.

Sehubungan itu, katanya pemain industri memainkan peranan penting dalam pengurusan alam sekitar bagi memastikan ia ditadbir urus secara holistik dan mapan.

Bagaimanap­un Kamarulnaj­uib menegaskan bahawa penerapan budaya GSR hanya akan berjaya dengan wujudnya kawalan kualiti yang berkesan.

“Tanpa kawalan kualiti teknikal, aplikasi GSR dalam kalangan pemain industri yang belum bersedia akan menimbulka­n suasana kelam-kabut dan mengundang keadaan luar kawalan.

“Malah komuniti yang dikawal (industri) juga boleh bertindak sesuka hati serta menyalahgu­nakan konsep GSR menyebabka­n pematuhan undang-undang menurun,” ujarnya.

Susulan itu, GSR dirangka dengan rapi di setiap peringkat proses kerja JAS dan dikuatkuas­akan dengan berkesan.

Jelasnya, pembudayaa­n GSR seiring dengan elemen kawalan kualiti teknikal menyeluruh yang merupakan senjata ampuh mampu melahirkan masyarakat yang mempunyai kesedaran alam sekitar tinggi.

 ??  ?? SEMINAR: (Dari kiri) Hidzir ketika bersama Kamarulnaj­uib dan Amirul Aripin semasa menghadiri perasmian Seminar Guided Self Regulation (GSR) Jabatan Alam Sekitar di Kuching semalam.
SEMINAR: (Dari kiri) Hidzir ketika bersama Kamarulnaj­uib dan Amirul Aripin semasa menghadiri perasmian Seminar Guided Self Regulation (GSR) Jabatan Alam Sekitar di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia