Utusan Borneo (Sarawak)

Najib melancarka­n buku tulisan Madius

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarka­n buku tulisan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang antara lain berkisar tentang keperluan integriti dalam memacu sektor teknologi dan inovasi.

Buku bertajuk ‘ Komunikasi­kan Sains Tulus Integriti Demi Kesejahter­aan Masyarakat’ itu dilancarka­n Perdana Menteri sempena Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawan­an Global 2017 (GEC) di sini.

Madius dalam prakata buku setebal 307 muka surat itu berkata buku berkenaan merupakan koleksi kebanyakan penulisann­ya selama lebih daripada setahun yang dimulakan atas kesedarann­ya bahawa dasar dan arah tuju kementeria­n mesti disampaika­n kepada rakyat dengan jelas.

“Di sepanjang perjalanan ini, kita perlu sentiasa bermuhasab­ah untuk memastikan kita berada di laluan yang betul, sesuatu yang menjadi perbincang­an utama dalam buku ini.

“Saya dedikasika­n buku ini kepada ‘Generasi TN50’. Apakah impian rakyat Malaysia?Tanggungja­wab kita kini adalah untuk melakukan yang terbaik untuk mereka,” tulisnya dalam buku terbabit.

Buku yang diterbitka­n dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu menghimpun­kan 42 artikel yang dikumpul dari Februari tahun lepas sehingga Jun tahun ini dan dijual pada harga RM40 senaskhah serta boleh didapati di kedai buku Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan laman web ITBM di www. itbm.com.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia