Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap tahun kedatangan pelawat dari Indonesia ke negeri ini semakin bertambah, kata Karim

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Indonesia sentiasa menjadi salah satu pasaran penting bagi Sarawak dalam industri pelanconga­nnya dan setiap tahun kedatangan pelawat dari Indonesia ke negeri ini semakin bertambah.

Justeru, penerbanga­n sulung pesawat Xpress Air milik syarikat penerbanga­n Indonesia ke Miri dari Pontianak, Indonesia merupakan pencapaian penting dalam kalender pelanconga­n dan kerjasama antara Sarawak dan Kalimantan Barat.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah berkata Sarawak amat teruja menerima penerbanga­n dua kali seminggu Pontianak- Miri- Pontianak dan diharap dapat mengukuhka­n hubungan dua hala.

“Pengukuhan hubungan kedua-dua negara dan membantu meningkatk­an aktiviti pelanconga­n serta sektor perniagaan kedua-dua destinasi ini,” katanya ketika menerima ketibaan kumpulan pertama penumpang pesawat Xpress Air di sini petang semalam.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Hadir sama Konsulat Indonesia di Kuching Jahar Gultom, wakil Kedutaan Indonesia di Brunei Darussalam Eko Himawan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n,

Pengukuhan hubungan keduadua negara dan membantu meningkatk­an aktiviti pelanconga­n serta sektor perniagaan kedua-dua

ini. ” destinasi Datuk Abdul Karim Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datu Ik Pahon Joyik, ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii serta Residen Bahagian Miri, Sherrina Husaini dan Pengarah Xpress Air HF Filman.

Karim berkata, Sarawak berharap penerbanga­n tersebut meningkatk­an minat kedua-dua pihak dalam usaha mendalami dan mengetahui budaya serta pengembara­an berbeza ditawarkan Miri dan Sarawak.

“Xpress Air Indonesia mempunyai slogan amat menarik iaitu ‘Terbanglah Indonesia’ dengan harapan bertambahn­ya usaha, kerjasama dan penghargaa­n terhadap pelawat dari Indonesia maka saya ingin mengatakan slogan ‘Terbanglah Indonesia ke Sarawak’,” katanya.

Karim berkata, Miri berkembang sebagai sebuah destinasi pelancong paling popular di Sarawak dan sebuah bandar raya peranginan menawarkan pelbagai aktiviti pelanconga­n berlatar belakang budaya dan sejarahnya yang unik serta berbeza.

Menurutnya, pelancaran penerbanga­n antarabang­sa terus dari Pontianak ke Miri ini adalah tepat pada masanya untuk Miri melancarka­n tahun melawat bandar raya ini pada 2018 dengan slogan ‘Discover Miri 2018’ iaitu inisiatif pelanconga­n membantu menempatka­n Miri di peta pelanconga­n dunia dengan keunikan tersendiri.

“Miri memiliki keindahan alam semula jadi diiktiraf dunia iaitu Taman Negara Mulu hanya 30 minit penerbanga­n dari Miri iaitu sama seperti Borobudor hanya sejam setengah perjalanan dari Yogyakarta, juga dipromosik­an sebagai produk pelanconga­n Tapak Warisan Dunia (UNESCO).

“Selain itu di sini terdapat Pasar Gong Xi Fa Cai, acara-acara bertaraf antarabang­sa seperti Colour Rush Run, Miri Country Music Fest, Miri Internatio­nal Marathon, Persidanga­n Af- roLatin, perayaan-perayaan masyarakat peribumi, Festival Jazz Borneo, sambutan Hari Bandar Raya Miri, Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabang­sa dan banyak lagi.

“Walaupun kita dapat berkongsi beberapa persamaan dengan jiran di Pulau Borneo, masih terdapat banyak tarikan unik dinikmati pelawat ke bandar indah ini yang terkenal sebagai destinasi kepelbagai­an etnik dan budaya, alam sekitar dan pelanconga­n berkonsepk­an pengembara­an,” katanya.

Miri turut menawarkan pusat-pusat menyelam terk- enal iaitu Taman Negara Marin Miri- Sibuti selain merupakan pusat pendidikan antarabang­sa serantau dan sebagainya.

“Dengan aktiviti yang banyak, kami ingin mengadakan kerjasama dengan ejen-ejen Xpress Air Indonesia dan ejen pelanconga­n di Miri mempromosi­kan Miri dan Sarawak,” katanya.

Penerbanga­n sulung pesawat Xpress Air, XN 770 dari Pontianak ke Miri membawa 108 penumpang termasuk tujuh anak kapal selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri (LTM) di sini jam 4.15 petang semalam.

 ??  ?? DUA HALA: Filman (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a berupa model pesawat Boeing 737-300 Xpress Air kepada Lee (empat kiri) sambil disaksikan tetamu lain serta anak-anak kapal.
DUA HALA: Filman (lima kiri) menyampaik­an cenderamat­a berupa model pesawat Boeing 737-300 Xpress Air kepada Lee (empat kiri) sambil disaksikan tetamu lain serta anak-anak kapal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia