Utusan Borneo (Sarawak)

Hilang empat anggota keluarga dalam masa singkat

-

KUANTAN: “Allah ambil nyawa empat anggota keluargaku dalam tempoh yang sangat singkat...”

Itu status terkini laman sosial Facebook milik Muhammad Haris Ismail, selepas bapanya meninggal dunia jam 1.40 pagi semalam, setelah terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Kuala Kangsar-Gerik, Ahad lalu.

Ismail, 53, disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Taiping, Perak semalam manakala tiga anaknya iaitu pasangan kembar Muhammad Hanif dan Nur Ain Hanifah, 8, dan Nur Ain Hafizah, 22, maut di tempat kejadian.

Kemalangan juga menyebabka­n isteri Ismail, Zarina Yong, 44, dan seorang lagi anaknya Nur Ain Harizah, 13, cedera.

Beliau berkata jenazah bapanya dikebumika­n bersebelah­an kubur adik-beradiknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin di sini semalam.

Dalam status itu, Muhammad Haris juga menyifatka­n ayahnya sebagai seorang yang sentiasa mengingatk­an mereka mengenai kewajipan solat dan berharap urusan anggota keluargany­a dipermudah­kan serta ditempatka­n dalam kalangan orang soleh.

“Abah orang yang baik... Abah orang yang paling kuat tekankan kami bab solat... walaupun aku dah besar panjang, abah tetap tidak jemujemu berpesan supaya jangan tinggalkan solat.

“Abah sudah terlepas tanggungja­wab...sekarang tinggal aku dan abang yang akan jaga satu-satunya adik yang tinggal dan ibu,” katanya.

Muhammad Haris menambah sebagai orang yang beriman, beliau reda dengan ketentuan Allah, namun ‘hati dan tangisan tidak boleh ditipu’.

Pada jam 11 pagi Ahad lalu, tiga adiknya itu maut selepas kereta yang dinaiki mereka antara tiga kenderaan yang dilanggar sebuah lori yang dipercayai mengalami masalah brek. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia