Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS Sarawak sokong kakitangan awam diberi peningkata­n gaji khas

-

SIBU: Kongres Kesatuan Pekerja- pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam ( CUEPACS) Sarawak menyokong cadangan supaya setiap kakitangan awam diberikan peningkata­n gaji khas dua tahun sebelum 2020.

Presiden CUEPACS Sarawak Ahmad Malie berkata gesaan dibuat Presiden CUEPACS Malaysia Datuk Azih Muda adalah tepat pada masanya memandangk­an kos sara hidup semakin meningkat.

“CUEPACS Sarawak menyokong gesaan Azih supaya kerajaan memberi peningkata­n gaji khas dua tahun sebelum 2020.

“Gesaan ini tepat pada masanya memandangk­an keban- yakan kerajaan negeri mampu memberi bantuan kewangan khas melebihi diumumkan oleh kerajaan pusat,” katanya di sini kelmarin.

Ahmad berkata, kerajaan persekutua­n harus menjadi contoh kepada kerajaan negeri dan refleksi kepada kerajaan di luar negara bahawa ekonomi negara adalah kukuh.

Sebelum ini, Azih berkata CUEPACS menjangka cabaran lebih berat bakal dihadapi penjawat awam tahun depan berikutan kos sara hidup semakin meningkat dan terpaksa ditampung dengan pendapatan bulanan mereka yang kecil.

Katanya, walaupun kerajaan memberi sedikit insentif dibayar mulai Januari depan ia didapati tidak dapat meredakan kesempitan hidup kakitangan awam untuk jangka panjang, malah hanya berfungsi untuk tempoh jangka pendek sahaja.

Azih menambah, CUEPACS mencadangk­an kerajaan mempertimb­ang agar kenaikan tahunan didahuluka­n tanpa memansuhka­n kenaikan gaji tahunan yang mereka dapat pada tahun berkenaan.

Sementara itu, Ahmad menjelaska­n dengan memberi kenaikan gaji dua kali ganda sebelum 2020 membuktika­n kedudukan kewangan dan ekonomi negara kukuh.

“Kita berharap kerajaan pusat khususnya dapat memenuhi permintaan tersebut,” katanya sambil mengulas cadangan kerajaan mempertimb­ang dua cadangan yang dapat membantu mengurangk­an beban lebih 1.6 juta kakitangan awam menghadapi kos sara hidup semakin meningkat.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia