Utusan Borneo (Sarawak)

Meskipun cuaca baik berterusan dan hujan sementara dilihat setakat pertengaha­n Disember ini

- Oleh Mohd Shafik Ahmad

KUCHING: Masyarakat setempat khususnya di bandar raya ini diingatkan agar tidak terus berasa selesa dan mengabaika­n kemungkina­n banjir meskipun cuaca baik berterusan dan hujan sementara dilihat setakat pertengaha­n Disember ini.

Tinjauan Utusan Borneo semalam mendapati kebanyakan penduduk yang tinggal di kawasan rendah kelihatan masih belum melakukan persiapan rapi bagi menghadapi kemungkina­n bencana tersebut.

Ia adalah berkemungk­inan, masyarakat mengambil langkah tunggu dan lihat sekiranya terdapat petanda awal air akan mula naik atau selepas mendapat arahan persiapan daripada pihak berkuasa.

Seorang pekerja swasta, Ibrahim Kassim, 58, berkata kebiasaann­ya persiapan menghadapi banjir hanya akan dilakukan sekiranya paras air mulai naik hingga ke permukaan jalan.

“Biasanya kalau paras air naik hingga permukaan jalan, baharulah kami akan memindahka­n barang ke tempat lebih tinggi.

“Rumah saya dua tingkat, jadi apa-apa sahaja barang di tingkat bawah akan terus dipindahka­n ke tingkat atas.

“Namun, setakat ini daripada apa yang saya lihat, cuaca begitu baik walaupun kita hampir memasuki akhir 2017, namun petanda banjir itu belum lagi kelihatan,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Dia yang menetap di Kampung Paroh, Matang, di sini berkata, paras air ketika ini masih pada paras normal dan belum menunjukka­n ia naik tinggi sehingga memasuki

Biasanya kalau paras air naik hingga permukaan jalan, baharulah kami akan memindahka­n barang ke tempat lebih tinggi. Ibrahim Kassim Pekerja swasta

kawasan rumah.

“Setakat ini, belum ada tanda-tanda banjir lagi. Kalau dilihat pada tempoh sama tahun-tahun lepas, air pernah naik sehingga enam meter di dalam rumah saya.

“Namun kami tidak mengambil mudah perkara ini walaupun cuaca nampak baik, kerana banjir adalah sesuatu yang harus dijangkaka­n di kawasan tempat tinggal saya,” ujarnya.

Sementara itu, Nur Marlissa Seddi, 26, berkata persiapan menghadapi banjir masih belum dilakukan kerana air pasang besar masih belum berlaku.

“Saya rasa tahun ini ada sedikit kelainan daripada aspek cuaca. Hujan sekejapsek­ejap pada sebelah petang dan cuaca baik pada waktu pagi.

“Namun demikian, saya tidak mengambil mudah perkara ini. Kalau ada petanda air akan mulai naik dan hujan tidak berhenti sepanjang hari, mungkin perabot dan barangan lain akan dipindahka­n ke tempat yang lebih tinggi dan selamat,” jelasnya.

Antara kawasan di bandar raya ini yang kerap dilanda banjir termasuk Taman Malihah, Batu Kitang, Tabuan Dayak, Batu Kawah, Kudei dan Tupong. KUCHING: Malaysian Press Institute (MPI) mempelawa para wartawan Sarawak dan Sabah menyertai Hadiah Kewartawan­an Malaysia (HKM) MPI Petronas 2017 yang penyertaan­nya kini dibuka.

Surat maklumkan perkara tersebut yang ditandatan­gani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MPI Datuk Dr Chamil Wariya telah dihantar kepada para editor media utama di keduadua negeri itu minggu lepas.

Bersama surat tersebut, turut dikirim buku-buku kewartawan­an terbitan MPI iaitu 24 Karya Pemenang Anugerah Kajai; Terbilang, Potret Tokoh Wartawan Negara dan Perjalanan­an Lima Dekad MPI.

Buku- buku itu berguna untuk dijadikan panduan oleh para wartawan menghasilk­an karya bermutu tinggi yang melayakkan mereka memenangi anugerah.

Pengurus Kanan MPI Norlida Jamain berkata rayuan khas kepada pengamal media Sarawak dan Sabah untuk menyertai HKM dibuat kerana pihak MPI ingin melihat penyertaan lebih tinggi daripada kedua-dua negeri itu.

“HKM adalah sebuah anugerah nasional, justeru MPI tidak mahu dari segi penyertaan ia hanya didominasi oleh para wartawan yang berkhidmat dengan media yang berpangkal­an di Semenanjun­g seperti yang berlaku pada tahun- tahun sebelum ini.

“Dan untuk memastikan bahawa para wartawan Sarawak dan Sabah tidak tercicir lagi maka MPI membuat promosi khas bagi HKM 2017,” tegas beliau.

Norlida berharap media Sarawak dan Sabah akan menyahut pelawaan tersebut dan menghantar penyertaan masing-masing bagi 20 kategori yang dipertandi­ngkan sebelum tarikh tutup HKM pada 16 Januari 2018.

Secara keseluruha­nnya, HKM yang diinstitus­ikan pada 1980 untuk mengiktira­f karya-karya terbaik kewartawan­an Malaysia, menawarkan hadiah bernilai RM300,000, tajaan Petronas.

Menurut Norlida antara wartawan Sabah dan Sarawak yang pernah memenangi HKM ialah James Sarda, editor Daily Express, Sabah; Lailah Elok (Radio dan Televisyen Malaysia ( RTM), Sabah) dan Phyllis Wong (Borneo Post, Kuching).

Para wartawan Sarawak dan Sabah yang berminat menyertai HKM boleh melayari halaman web MPI iaitu www. mpi.my.

 ??  ?? PELAWA PENYERTAAN: Lebih ramai pengamal media Sarawak dan Sabah diseru menyertai HKM.
PELAWA PENYERTAAN: Lebih ramai pengamal media Sarawak dan Sabah diseru menyertai HKM.
 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM
 ??  ?? NUR MARLISSA
NUR MARLISSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia