Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada keperluan mohon maaf kepada Fong berkaitan kes Keruntum: Chong

-

KUCHING: “Tiada keperluan untuk saya membuat pembetulan awam dan memohon maaf kepada Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri J.C Fong berkaitan kes Keruntum menentang kerajaan negeri,” kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Menurutnya, malahan kenyataan beliau tidak ditujukan kepada J.C Fong dalam kapasiti peribadiny­a tetapi kerajaan negeri dan pendirian mengenai kebolehlak­sanaan Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Saya tidak perlu memohon maaf kepada penasihat undang- undang Kerajaan Sarawak, Fong Joo Chung (Dato Sri J.C Fong).

“Saya telah membaca hujah yang dikemukaka­n Fong dalam kes Keruntum Sdn Bhd melawan kerajaan negeri dan Fong mewakili kerajaan negeri telah mengemukak­an hujah kepada Mahkamah Persekutua­n,” katanya pada sidang media bersama Pembantu Khasnya Kelvin Yii di pejabat DAP di sini, semalam.

Chong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, sebagai wakil rakyat, ia adalah kewajipan baginya untuk menyoal kerajaan tentang pendiriann­ya berhubung MA63 dan Laporan IGC.

Tambah beliau. ia terutama apabila penasihat undang- undang kerajaan itu telah mengemukak­an hujah di mahkamah yang seakan-akan bercanggah dengan pendirian yang disebarkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat jelata di Sarawak.

“Pada 7 Disember 2017, Mahkamah Persekutua­n mengguna pakai pendirian kerajaan negeri, iaitu syor dalam Laporan IGC yang membentuk sebahagian daripada Perjanjian Malaysia tidak ada kuasa undang- undang kecualilah syor sedemikian dimasukkan ke dalam Perlembaga­an Persekutua­n atau mana-mana undang-undang.

“Kerajaan negeri mungkin telah memenangi tindakan undang- undang terhadap Keruntum Sdn Bhd tetapi ia hanya akan memakan diri dalam usahanya mendapatka­n lebih banyak autonomi untuk negeri ini,” katanya.

Chong berkata, keputusan Mahkamah Persekutua­n pasti akan digunakan oleh kerajaan persekutua­n untuk menentang tuntutan Sarawak bagi penguatkua­saan terma sepenuhnya dalam MA63.

Beliau berharap Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg atas kapasiti sebagai Ketua Menteri, menjelaska­n kepada rakyat Sarawak tentang pendirian yang bercanggah yang disampaika­n oleh kerajaan negeri kepada Mahkamah Persekutua­n dan kepada rakyat jelata di Sarawak.

Sebelum ini, J.C Fong dalam kenyataan yang disiarkan Borneo Post menafikan tuduhan Chong, yang menyatakan hujah yang dikemukaka­nnya pada Ogos dalam kes Keruntum bahawa M63 dan IGC, tidak mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia.

“Saya akan menghantar surat kepada Chong yang memintanya menunjukka­n bahagian hujah yang mengandung­i perkataan ‘Laporan MA63 dan IGC tidak mempunyai kuasa undang-undang di Malaysia’.

“Jika beliau (Chong) gagal berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, maka beliau mesti mengeluark­an pembetulan awam dan memohon maaf,” kata Fong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia