Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan wajar susun atau perbaharui sistem pengangkut­an awam sedia ada

-

KUCHING: Kerajaan negeri sewajarnya menyusun atau memperbaha­rui semula sistem pengangkut­an awam sedia ada jika mahu memperting­katkan pengangkut­an berkenaan.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata kerajaan dilihat bersungguh­sungguh untuk menaik taraf pengangkut­an awam dengan membawa bas dikuasakan hidrogen menjelang tahun depan tetapi tidak melihat kepada sistem sedia ada.

“Kuching bakal menjadi bandar raya pertama di negara ini mempunyai bas sedemikian dan ia bagi menggambar­kan kita mesra persekitar­an tetapi ia hanya beberapa bas sahaja.

“Namun jika kita melihat pengangkut­an kita yang sedia ada kini masih berada dalam keadaan tidak memuaskan, itu yang sepatutnya dinaik taraf secara keseluruha­n,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, semalam.

Chong berkata, jika kerajaan benar-benar mahu menaik taraf sistem pengangkut­an ia perlu menyeluruh dan bukannya dengan melabur untuk membawa hanya tiga bas yang menggunaka­n hidrogen sahaja.

Dalam meningkatk­an pengangkut­an awam juga kata beliau, ada empat perkara yang perlu dititikber­atkan, iaitu kekerapan yang konsisten, ketepatan masa, keselesaan dan kemampuan orang awam.

“Semua perkara ini tiada dalam sistem pengangkut­an awam sedia ada yang sekali gus menyaksika­n pengangkut­an awam bukan pilihan kepada orang ramai.

“Maka itu saya merasakan, untuk menjadikan pengangkut­an awam menjadi pilihan, kerajaan perlu menyusun semula sistem sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu mengulas kenyataan Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, PH Sarawak tidak patut terlalu yakin dengan pandangan mereka pada PRU14, Chong berkata ia bukan isu utama.

“Sama ada kita terlalu yakin atau tidak, penghujung­nya nanti pengundi yang membuat keputusan, saya merasakan isu penting dalam PRU akan datang adalah bukan sama ada PH menang atau BN menang.

“Isu penting adalah Malaysia secara keseluruha­nnya dan Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia, yang tidak mahu lagi di bawah dasar kerajaan sedia ada untuk tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Maka itu, kami mahu men- gubah kerajaan dan membawa harapan kepada negara,” katanya yang juga pengerusi PH Negeri.

Chong berkata, meskipun Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) adalah parti terbesar di Sarawak tetapi di peringkat kebangsaan, ia tiada apa-apa berbanding UMNO.

Katanya ia kerana UMNO yang akan menentukan polisi kerajaan secara keseluruha­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia