Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Pengarah Koperasi dan bekas COO Permodalan Felda Quality dibebaskan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam mengekalka­n keputusan melepas dan membebaska­n bekas Pengarah Koperasi Permodalan Felda Quality (KPFQ) Datuk Tan Han Kook dan bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat itu Ching Siew Cheong daripada 134 pertuduhan menipu pegawai bank lebih RM67 juta.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah membuat keputusan itu selepas mendapati hakim mahkamah sesyen tidak terkhilaf dalam membuat keputusan tersebut.

Dalam penghakima­nnya, Mohamad Shariff berkata mahkamah tinggi mendapati keterangan dua saksi pendakwaan yang merupakan saksi keempat dan kelima dalam kes itu adalah tidak kredibel dan tidak disokong dengan keterangan saksi-saksi lain.

“Berikutan itu mahkamah menolak rayuan pendakwaan sekaligus mengekalka­n keputusan untuk melepas dan membebaska­n kedua- dua tertuduh daripada pertuduhan ini tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Mengikut pertuduhan kedua- dua tertuduh Tan, 61, dan Ching, 53, didakwa dengan niat bersama menipu pegawai Malayan Banking Berhad (Maybank) bagi permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank adalah tulen.

Bagi kesemua pertuduhan itu, mereka secara tidak jujur mendorong pegawai bank untuk memindahka­n wang berjumlah RM67,433,143 ke dalam akaun tiga buah syarikat iaitu Asia Food Link Sdn Bhd, Violet Bonanza Sdn Bhd dan Stanson Marketing Sdn Bhd, yang mana pegawai itu tidak akan memindahka­n wang tersebut sekiranya mereka tidak diperdayak­an oleh kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank, Tingkat 8, Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee dekat sini antara Oktober 2011 hingga Februari 2012, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat serta boleh juga didenda. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia