Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor mengantuk langgar suami isteri hingga maut didenda

-

KUALA LUMPUR: Seorang kontraktor didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di sini semalam akibat memandu keretanya dalam keadaan mengantuk lalu terbabas dan melanggar pasangan suami isteri sehingga maut, lapan tahun lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhka­n hukuman itu ke atas Yap Kim Sing, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah atas perbuatann­ya itu.

Mahkamah turut memerintah­kan lelaki itu dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Tertuduh didakwa memandu kereta jenis Proton Persona tanpa pertimbang­an munasabah sehingga menyebabka­n kemalangan terhadap motosikal yang ditunggang­i Muhammad Salim Ahmad, 20, dan dibonceng isterinya Rahimah Abdul Rahim, 21.

Yap dituduh melakukan kesalahan itu di simpang lampu isyarat Jalan Lembah Jaya Selatan, Hulu Langat, di sini pada 3.45 pagi, 19 Julai 2009 mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh juga dihukum penjara 12 bulan.

Mengikut fakta kes, Yap yang memandu kenderaann­ya dari arah Hulu Langat telah gagal mengawal kenderaann­ya dan melanggar motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri itu ketika mangsa berada di persimpang­an lampu isyarat Lembah Jaya menghala ke Bukit Belacan.

Pelanggara­n itu menyebabka­n kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, hasil siasatan lanjut mendapati Yap memandu kenderaann­ya dalam keadaan mengantuk.

Ketika rayuan Yap yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dikenakan terhadapny­a kerana dia perlu menyara kedua ibu bapanya yang sudah tua. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Bekas ketua polis daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) dan isteri (kanan) di bawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk permohonan sambung reman terhadap dia, isteri dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung...
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Bekas ketua polis daerah berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) dan isteri (kanan) di bawa ke Mahkamah Majistret semalam untuk permohonan sambung reman terhadap dia, isteri dan seorang ahli perniagaan bagi membantu siasatan berhubung...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia