Utusan Borneo (Sarawak)

Kem Cuti Sekolah isi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Kira-kira 20 murid memanfaatk­an cuti sekolah dengan mengambil bahagian dalam Kem Cuti Sekolah Tarbiyyatu­l Insan 3.0 dan Kem Khalifah yang berlangsun­g selama enam hari di Sibu, baru-baru ini.

Kem tersebut merupakan anjuran Pusat Nadi Neuro Hafazan Cawangan Sibu dan Akademi Syuhada Sibu dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Sibu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sibu.

Kem Cuti Sekolah Tarbiyyatu­l Insan 3.0 diadakan selama tiga hari berturuttu­rut bermula 2 hingga 4 Disember yang melibatkan murid sekolah berumur lapan hingga 11 tahun.

Program diteruskan den- gan Kem Khalifah yang berlangsun­g dari 5 hingga 7 Disember dan disertai pelajar sekolah berumur 12 hingga 17 tahun.

Sepanjang enam hari keduadua program ini berlangsun­g, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti bertukar buah fikiran, sukaneka, Solat Dhuha, persembaha­n bakat, ceramah motivasi dan banyak lagi.

Lebih menyeronok­kan, mereka turut berpeluang belajar memanah di Masjid An-Nur Sibu dan melawat Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) sebagai pemangkin semangat kepada pelajar untuk fokus dalam pelajaran, seterusnya berjaya ke menara gading.

Antara objektif yang ingin dicapai menerusi penganjura­n program ini adalah memberi pendidikan al- Quran dan sunah kepada para peserta, membentuk nilai-nilai murni dan memupuk sifat mahmudah dalam diri pelajar.

Di samping itu, ia juga bertujuan melatih peserta menunaikan kewajipan solat lima waktu secara berjemaah.

 ??  ?? KENANGAN: Pengurus/Perunding Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Ummi Nur Asiah Sibu, Khamsiah Yacob (duduk, empat kanan) dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Islam Sibu Ustazah Syarifah Marliah Wan Zain (duduk, dua kiri) bergambar kenangan bersama peserta Kem Tarbiyyatu­l Insan 3.0 dan Kem Khalifah. BELAJAR: Salah seorang peserta kem belajar memanah dalam salah satu aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut. KERJASAMA: Peserta pada aktiviti pembentang­an tugasan mereka. TERIMA KASIH: Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Islam Sibu Ustazah Syarifah Marliah Wan Zain (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. AKTIVITI KEAGAMAAN: Para peserta menghafaz surah. MEMANAH: Aktiviti memanah di Masjid An-Nur Sibu. CEMERLANG: Ahmad Afif dinobat sebagai Ikon Kem Tarbiyyatu­l Insan 3.0. TAMAT: Bergambar kenangan selepas selesai aktiviti memanah. BERBAKAT: Persembaha­n nyanyian daripada peserta kem. AKTIVITI LUAR: Peserta berbaris dalam aktiviti sukaneka.
KENANGAN: Pengurus/Perunding Pusat Pengajaran dan Pembelajar­an Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Ummi Nur Asiah Sibu, Khamsiah Yacob (duduk, empat kanan) dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Islam Sibu Ustazah Syarifah Marliah Wan Zain (duduk, dua kiri) bergambar kenangan bersama peserta Kem Tarbiyyatu­l Insan 3.0 dan Kem Khalifah. BELAJAR: Salah seorang peserta kem belajar memanah dalam salah satu aktiviti yang dijalankan dalam kem tersebut. KERJASAMA: Peserta pada aktiviti pembentang­an tugasan mereka. TERIMA KASIH: Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Islam Sibu Ustazah Syarifah Marliah Wan Zain (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta. AKTIVITI KEAGAMAAN: Para peserta menghafaz surah. MEMANAH: Aktiviti memanah di Masjid An-Nur Sibu. CEMERLANG: Ahmad Afif dinobat sebagai Ikon Kem Tarbiyyatu­l Insan 3.0. TAMAT: Bergambar kenangan selepas selesai aktiviti memanah. BERBAKAT: Persembaha­n nyanyian daripada peserta kem. AKTIVITI LUAR: Peserta berbaris dalam aktiviti sukaneka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia