Utusan Borneo (Sarawak)

Disyaki melanggar integriti membabitka­n pembolosan warganegar­a asing khususnya dari Bangladesh

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen telah menahan beberapa pegawainya di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL ( KLIA) yang disyaki terlibat melakukan tindakan tidak berintegri­ti berikutan laporan pembolosan warganegar­a asing khususnya warga Bangladesh melalui sindiket terancang di KLIA.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pegawai berkenaan masih ditahan di ibu pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut dan pihak jabatan telah mengambil tindakan dalaman.

Tanpa mendedahka­n bilangan pegawai yang ditahan itu, beliau berkata: “Apa yang pasti, tindakan serta-merta sudah diambil dengan penahanan pegawai terbabit dan mereka masih disoal siasat. Sekiranya, terbukti mereka terlibat dalam sebarang pelanggara­n integriti, tindakan tegas dan pencegahan akan dikenakan termasuk buang kerja.

“Tetapi ia bergantung kepada sejauh mana pembabitan mereka dalam perkara ini. Mengenai tindakan dalaman itu, saya tidak mahu mendedahka­n secara spesifik tetapi pasti ada tindakan tegas. Kami akan pasti lakukan tangkapan ke atas pegawai dan dalang terlibat kalau jelas terlibat,” katanya dalam sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Imigresen di sini, semalam.

Khamis lalu, sebuah akhbar tempatan mendedahka­n buruh haram warga Bangladesh diseludup masuk ke negara ini melalui KLIA setiap hari diuruskan empat sindiket besar beroperasi di Kuala Lumpur dan Dhaka, Bangladesh.

Sindiket terbabit dikatakan mampu mendapat keuntungan RM5.2 juta setahun dengan mengenakan bayaran antara RM15,000 ke RM20,000 setiap seorang termasuk wang ‘pelincir’ kepada beberapa pihak berkuasa terutama anggota dan pegawai Jabatan Imigresen serta pihak Kedutaan Malaysia di Dhaka.

Mustafar berkata, pihaknya juga telah menghantar satu pasukan unit tindakan khas ke Bangladesh pada Ahad lalu yang dianggotai oleh pegawai Bahagian Visa, Pas dan Permit, Bahagian Integriti dan Bahagian Khidmat Ekspatriat bagi memperkuku­hkan prosedur operasi standard penge- luaran visa kepada pelawat dari Bangladesh.

Katanya, beliau sudah berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun kelmarin berhubung pendedahan laporan pembolosan warganegar­a Bangladesh di KLIA, dan KPN berpendapa­t, ‘masih awal untuk didedahkan mengenai kes ini’.

“Apabila dikatakan ada pembolosan, dalang di luar melakukann­ya untuk mengaut laba, keuntungan dan imbuhan manakala dalang di dalam, pasti kita ambil tindakan tegas.

“Jadi, beberapa tindakan semakan yang memerlukan penelitian lanjut termasuk orang lain yang terlibat dibuat di KLIA malah tindakan bersama Polis Diraja Malaysia akan diteruskan,” kata beliau.

Mustafar menegaskan pihaknya sentiasa peka dengan situasi sebegini dan langkah- langkah proaktif dilakukan bagi memastikan keselamata­n negara terjamin tanpa berkomprom­i, dengan dasar sedia ada diperketat­kan bagi memastikan pintu masuk negara tidak mudah dibolosi.

Menurutnya, tindakan lebih tegas dan konsisten dilakukan oleh pihaknya dalam usaha mengesan ejen- ejen dan sindiket yang dipercayai cuba untuk memperalat­kan pegawaipeg­awai imigresen terutama di pintu masuk.

“Dulu, kita ketahui kononnya lambakan warga Bangladesh yang datang bekerja di Malaysia dan saya telah menghantar pasukan penyiasata­n ke Dhaka dan selepas itu, dapat keizinan daripada timbalan perdana menteri, kita hantar satu pasukan petugas khas untuk mempercepa­tkan proses pekerja asing masuk ke Malaysia. Kita tidak mahu ada ‘backlog’. Ini telah diselesaik­an,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Jabatan Imigresen bersedia menerima permohonan daripada majikan untuk mendapatka­n permit khas pembantu rumah asing yang boleh dibuat melalui sistem dalam talian mulai 1 Jan tahun depan.

“Proses ini adalah cepat, tepat dan jimat, dan permohonan yang dibuat tanpa melalui ejen atau orang tengah mengambil tempoh tujuh hingga 16 hari dengan syarat semua dokumen sokongan yang disediakan itu mematuhi prasyarat permohonan itu,” katanya.

Mustafar berpendapa­t langkah pengambila­n secara terus pembantu rumah dari negara sumber dapat mengurangk­an kos dan beban majikan serta mengekang kegiatan permerdaga­ngan dan perhambaan manusia daripada terus berleluasa.

Mulai 1 Jan depan, majikan hanya perlu membayar RM3,500 hingga RM4,000 yang melibatkan kos levi, pas lawatan, (kerja sementara), visa dan proses yang ditetapkan mengikut negara dan kos tiket penerbanga­n berbanding bayaran kepada ejen mencecah antara RM12,000 hingga RM18,000.

Dalam pembentang­an Bajet 2018 , Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n kerajaan kini memberi pilihan kepada majikan untuk mengambil pembantu rumah asing secara langsung dari sembilan negara sumber tanpa melalui ejen. — Bernama

Apa yang pasti, tindakan serta-merta sudah diambil dengan penahanan pegawai terbabit dan mereka masih disoal siasat. Sekiranya, terbukti mereka terlibat dalam sebarang pelanggara­n integriti, tindakan tegas dan pencegahan akan dikenakan termasuk buang kerja. Datuk Seri Mustafar Ali Ketua Pengarah Jabatan Imigresen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia