Utusan Borneo (Sarawak)

Wang RM10,000 milik ibu tunggal hangus dalam kebakaran

-

BANDARBAHA­RU: Seorang ibu tunggal menanggung kerugian berganda selepas wang simpanan RM10,000 yang dihimpun sejak 10 tahun lalu hangus dalam kebakaran di kediamanny­a dalam kejadian jam 3 petang kelmarin di Kampung Sungai Buloh di sini.

Mangsa, Razamah Abd Rahim, 51 berkata, selain duit simpanan, dia juga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah pusaka dua tingkat yang didiaminya itu musnah 90 peratus yang dipercayai berpunca daripada litar pintas.

“Duit tu saya simpan dalam rumah, kumpul sikit- sikit hasil kerja. Niat nak belikan peralatan sekolah buat anak buah nanti. Tapi tak ada rezeki bila semua habis terbakar, “katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kantin di Politeknik Sultanah Bahiyah, Kulim berkata, kerugian keseluruha­n dianggarka­n berjumlah RM100,000 dan dia kini menetap sementara di surau berhampira­n.

“Mujur tidak ada kemalangan jiwa kerana masa kejadian, saya di tempat kerja dan anak tunggal saya berumur 23 tahun pun berada di tempat kerja,” katanya.

Sementara itu jirannya, Saedah Mat Ali, 70, berkata, dia bertindak menendang pintu rumah tersebut kerana bimbang ada mangsa yang terperangk­ap.

“Cucu-cucu saya yang nampak api dan bila saya datang tengok, api dah marak. Masa tu saya teringatka­n anak Razamah dan bila saya panggil, tak menyahut.

“Takut dia tidur dan tak sedar, saya terus tendang pintu rumah belah tepi. Bila periksa, tak ada sapa. Masa tu juga ada orang bagi tahu yang dia kerja pagi.

“Jadi, cuba selamatkan apa yang patut tapi tak banyak sebab api marak. Hanya sempat tarik keluar tilam dan beberapa biji bantal,” katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Kanan Bina Darul Aman Berhad (BDB), Mohamad Sohaimi Mohd Yusoff berkata, pihaknya akan membantu dengan membina rumah baharu dalam masa terdekat.

“Selepas semak status sebenar pemilikan rumah dan tanah, kami akan bina sebuah rumah baharu buat mangsa menerusi projek khidmat tanggungja­wab korporat sosial kami,” katanya.

Di samping BDB, pihak zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri dan Pejabat Pegawai Daerah turut menghulurk­an bantuan segera kepada mangsa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia