Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didakwa cederakan adik guna besi penggantun­g langsir

-

KUALA LUMPUR: Seorang pemungut sampah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencederak­an adik perempuann­ya menggunaka­n besi penggantun­g langsir sehingga luka di bahagian kepala dan lutut, awal bulan ini.

G. Thogainath­an, 22, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman.

Mengikut pertuduhan, Thogainath­an bersama seorang lagi yang telah dituduh didakwa dengan sengaja mencederak­an G. Saraswathy, 21, menggunaka­n sebatang besi penyangkut kain langsir sehingga wanita itu cedera di bahagian kepala dan lutut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Blok J6, Rumah Panjang Jinjang Utara A, Sentul, di sini pada jam 5 petang, 2 Dis lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanap­un, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan ringan atas alasan dia mempunyai seorang anak yang berusia enam bulan dan tidak mampu membayar jaminan tinggi.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Jan depan untuk sebutan semula kes. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia